Judul: Ilmu Nahwu Terjemahan Tuhfatus Saniyah Syarah Ajrumiyah | Judul Asal ('Arab): Tuhfatus Saniyah Syarh Al-Ajurumiyah | Penulis: Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid | Penerbit: Ash-Shaf Media | Berat: 400g | Muka Surat: 307m/s.
Allah 'Azza wa Jalla berfirman, yang maksudnya, "Sesungguhnya Kami menurunkan al-Qur'an dengan berbahasa Arab agar kamu memahaminya." (Surah Yusuf, 12: 2)
Setiap muslim yang akan mengkaji, mendalami, dan mempelajari Islam tentu perlu merujuk kepada al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam, dan untuk memahaminya kandungan-kandungan ilmu dengan lebih dalam lagi terperinci maka wajiblah dikuasai terlebih dahulu ilmu alat yang paling utama iaitu bahasa 'Arab yang menepati kaedah-kaedah nahwu yang benar.
Tuhfatus Saniyah adalah di antara kitab Syarah karya ulama nahwu Syaikh Muhammad Abdul Hamid al-Mishri. Kitab ini menghuraikan kitab matan al-Ajurumiyah secara sistematik beserta penjelasan yang mencakupi contoh-contoh sederhana dan pelbagai latihan soal/jawab.
Kitab ini adalah salah satu buku panduan ilmu nahwu yang seringkali menjadi sumber rujukan dan pedoman pembelajaran dasar bahasa arab khasnya para penuntut ilmu di setiap penjuru dunia Islam hari ini.