Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah

Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah
Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar (14/6)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 3

ISBN: 9789795921103
Availability: In Stock
Price: RM70.00 RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah | Judul Asal ('Arab): Madarijus Salikin, Baina Manazilil Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in | Penulis: Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 900g | Muka Surat: 569m/s.


Seorang musafir yang menempuh sebuah perjalanan menuju ke sebuah tempat yang jauh, sudah tentu memerlukan sejumlah bekalan dan kelengkapan yang baik dan mencukupi. Begitulah juga dengan sebuah perjalanan manusia menuju sebuah pertemuan yang paling agung, iaitu pertemuan dengan Rabb-nya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan, yang mana penghujungnya adalah pulang kepada Allah. Setiap hembusan nafas, setiap pergerakkan, setiap aktiviti, setiap lintasan hati, dan segala-galanya, pasti akan diperhitungkan.

Perjalanan menuju kepada Allah, memiliki fasa-fasanya yang sangat penting. Fasa yang paling utama, adalah fasa di dalam meletakkan prinsip sebuah perjalanan pada awalnya. Iaitulah fasa memahami 'Aqidah yang suci bersih. Mengerti dari mana kita datang, kenapa kita didatangkan, dan ke mana kelak kita akan dikembalikan.

Maka, buku ini pun diterjemahkan dan dipersembahkan ke hadapan anda. Buku yang menyentuh berkenaan persoalan asas-asas aqidah, akhlak di dalam beraqidah, sehinggalah kepada persoalan krisis salah faham di dalam memahami aqidah, juga mengulas isu kesesatan manusia di dalam aqidah disebabkan kejahilan. Ia menjabarkan maksud kalimah "Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin...". (Hanya kepada Engkau ya Allah kami mengabdikan diri, dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon pertolongan).

Buku ini turut mengupas banyak dari isu-isu yang sering disalah-fahami oleh kalangan kaum sufi, iaitu perbahasan berkenaan ilmu yaqin, ainul yaqin, haqqul yaqin, dan istilah-istilah lainnya yang banyak dipergunakan oleh golongan sesat dari kalangan pengamal tarekat.

Buku karya dan susunan Al-Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah ini adalah sebuah karya yang menakjubkan, menjadi rujukan dalam ilmu aqidah. Sebuah buku yang membahaskan persoalan tauhid dari banyak sisi, menjabarkan konsep ketuhanan, merungkai penghambaan manusia kepada Rabb-nya, menjelaskan hakikat insan, zuhud, konsep tawakkal, dan banyak lagi terkait penyucian jiwa. Buku ini dalam edisi bahasa Arabnya asalnya dicetak dalam tiga jilid lengkap termasuk muqaddimah tahqiq dan nota kaki, namun diterbitkan bagi edisi terjemahannya menjadi 1 jilid lengkap sahaja.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net