Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Adabul Mufrad

Syarah Adabul Mufrad
Syarah Adabul Mufrad Syarah Adabul Mufrad
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu (2(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 16.7 x 6

ISBN: 9789792409253
Availability: In Stock
Price: RM145.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Adabul Mufrad | Judul Asal (‘Arab): Rasysyul Barad Syarh Al-Adabil Mufrad | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) | Tahqiq/Ta’liq: Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Luqman As-Salafi | Syarah: Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Luqman As-Salafi | Penterjemah: Mustolah Maufur | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 2.0kg | Muka Surat:  2 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 16.7cm (lebar) x 6cm (tebal) | ISBN: 978-979-24-09253 |


Rasulullah Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam adalah seorang tokoh paling berpengaruh sepanjang zaman. Bolehkah dibayangkan, betapa ramainya manusia di muka bumi ini yang mencontohi beliau, misalnya sebagai contoh/teladan manusia yang paling sederhana, mencontohi beliau dalam bersin, dalam tidur, dalam berjalan, dalam berkeluarga, dalam berdoa, dalam berjual-beli, dalam komunikasi, canda, dan banyak lagi. Yang mana keteladanan itu terus berlangsung semenjak lima belas abad yang lalu hingga sekarang?

Di dalam Al-Quran di Surah Al-Ahdzab Allah menjelaskan bahawa pada diri beliau itu adalah uswah yang hasanah, yakni peribadi agung yang harus dicontohi bagi mereka yang mengharapkan pahala, rahmat dan benar-benar beriman kepada hari akhirat.

Renungkanlah... Berapa kali nama beliau disebut dalam selawat, doa, dan kehidupan seorang muslim seharian? Belum lagi cara hidup yang beliau ajarkan, sehingga beliau mendapat pengiktirafan, dicintai dan penghormatan tulus dari langit!

Ini menegaskan kebenaran pernyataan beliau dalam satu sabdanya:

Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Kesempurnaan akhlak yang ada pada beliau tentu merupakan satu gambaran yang cukup utuh hasil pemeliharaan wahyu, demikian pula kesempurnaan ajaran yang beliau bawa buat umat manusia. Dari keistimewaan keperibadian dan kehidupan beliau tersebut baik dari sisi ucapan, sikap, dan perbuatan beliau, maka diangkat secara khusus hadis-hadis terkait etika yang unik yang dirumuskan ke dalam kitab ini berdasarkan judul-judul babnya.

Para pembaca akan langsung menyedari ketika mula membaca karya ini bahawa ianya sarat dengan manfaat, pelbagai faedah, dan kaya dengan hikmah yang melimpah.

Karya besar ini adalah hasil susunan ulama hadis tersohor pemilik Shahih Al-Bukhari, yang dijuluki oleh para ilmuan hadis lainnya sebagai Amiir Al-Mukminiin fil Hadits, yang dikenal dengan nama Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H). Di dalam kitab ini terangkum dan terhimpun sejumlah besar hadis-hadis yang membicarakan adab-adab Islamiyyah yang harus dipelajari, difahami dan dipraktikkan oleh setiap muslim. Yakni hadis-hadis yang merakamkan keperibadian, akhlak, adab, skill komunikasi, cara bergaul, kewibawaan, kepimpinan, kekeluargaan, persaudaraan, pendidikan, dan semisalnya.

Dari aspek kandungan, tidak dapat dinafikan bahawa para ustaz, khatib, dan sesiapa pun yang hendak menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain seharusnya membaca kitab ini dan menjadikanya sebagai rujukan penting. Bahkan kitab ini memang telah masyhur menjadi rujukan ilmiah di sisi para ilmuan semenjak dulu.

Edisi yang hadir di hadapan kita ini adalah edisi terjemahan lengkapnya serta telah diberikan catatan, huraian dan penjelasan faedah serta hikmah-hikmah bagi setiap hadis-hadis yang dikemukakan oleh Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah. Ianya disemak dan diberikan catatan (tanpa mengubah kandungan asal kitab) oleh Asy-Syaikh Dr. Abu ‘Abdillah Muhammad Luqman As-Salafi.

Bertepatan dengan judulnya, kitab ini memang benar-benar memuatkan hadis-hadis penting berupa sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan atsar-atsar para sahabat tentang adab-adab dan akhlak-akhlak Islam. Hadis-hadis yang dibentangkan di dalamnya mengupas dari sekecil-kecil perkara, sampailah serumit-rumit masalah yang amat baik dijadikan sebagai rujukan dalam kehidupan setiap muslim.

Maka, Selamat menela’ah dan menuai manfaat nan melimpah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net