Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Pesona Akhlak & Kekuatan Pribadi Manusia Teragung Sepanjang Zaman

Pesona Akhlak & Kekuatan Pribadi Manusia Teragung Sepanjang Zaman
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Pesona Akhlak & Kekuatan Pribadi Manusia Teragung Sepanjang Zaman | Judul Asal ('Arab): A'zham Insan Arafathu al-Basyariyyah, Akhlaquhu wa Kaifa Nuhibbuhu wa Nanshuruhu | Penulis: Hisyam Muhammad Sa'id Barghisy | Penerbit: Darul Haq | Berat: 200g | Muka Surat: 192m/s.


Akhlak Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam adalah al-Qur`an, demikianlah jawaban 'Aisyah ketika ditanya tentang akhlak Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam.
 
Seorang pemikir Inggeris berkata, "Saya telah membaca biografi (sirah) Nabi Muhammad berulang kali, dan saya tidak menemukan di dalamnya kecuali akhlak-akhlak yang memang sepatutnya, dan sungguh saya sangat berharap agar Islam menjadi konsep hidup (yang dianut) di seluruh alam raya ini."
 
Demikianlah akhlak dan peribadi Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam yang diakui reputasinya oleh setiap orang, bahkan oleh non-Muslim yang mengenal beliau dengan cara pandang yang benar bahawa beliau memiliki keperibadian yang tinggi, tabiat yang suci, hati yang bersih, akhlak yang terpuji, akal yang cemerlang, kecerdasan yang unggul, tekad yang kuat, dan sifat yang lemah-lembut. Beliau adalah manusia terbaik di masa kanak-kanak, paling bersih hidupnya di masa muda, paling berwibawa di masa dewasa, paling taqwa di dalam hidupnya, paling adil dalam memutuskan hukum, dan pemimpin yang paling berani di medan jihad.
 
Allah Subhanu wa Ta'ala telah menganugerahkan kepada beliau semua akhlak yang terpuji; membersihkan beliau dari setiap kekejian, dan memelihara serta menjaga beliau dari ketergelinciran.
 
Allah membimbing beliau dengan bimbingan yang paling baik, dan menjadikan beliau sebagai insan berpesonaliti agung di antara semua makhluk, sehingga tidak seorang pun yang menyamai beliau dalam kejujuran, amanah, zuhud, rasa malu dan keterjagaan diri dari yang tidak baik. Beliau adalah manusia paling agung yang pernah dikenali dalam sejarah hidup manusia. Dan keagungan beliau tersebut dapat Anda hayati melalui apa yang dibentangkan oleh buku ini yang di dalamnya dipenuhi petua dan pesanan positif bagi kita semua..

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net