Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari Jilid 2 (Kitab Ilmu)

Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari Jilid 2 (Kitab Ilmu)
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM80.00 RM73.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari Jilid 2 (Kitab Ilmu) | Judul Asal ('Arab): Fathul Bari Syarh Shahih Al-Bukhari (Kitaabul 'Ilm)Penulis: Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.0kg | Muka Surat: 449 m/s. (Hard cover)


Kitab Fathul Bari ini adalah antara karya agung milik Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Ia memiliki kedudukan yang tinggi sebagai rujukan utama dunia ahli sunnah wal-jama’ah sehingga ke hari ini. Perbahasannya begitu teliti lagi mendalam dalam memberi syarah, huraian, dan penjelasan terhadap hadis-hadis yang dihimpunkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya. Sumbangan dan usaha beliau ini begitu berharga lagi bernilai tinggi dalam dunia Islam. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.
 
Siapa Al-Hafiz Ibnu Hajar?
 
Beliau adalah  al-Imam al-Hafiz Syaikh al-Islam Shihaab al-Din Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajr al-Syafi‘i al-‘Asqalaani. Beliau berasal dari keluarga yang menetap di ‘Asqalaan di Palestin tetapi dilahirkan pada 23 Sya‘ban tahun 773H di Kaherah Mesir setelah keluarganya berpindah ke sana. Beliau juga lebih dikenali dengan panggilan Ibn Hajar, al-Kinani, dan al-‘Asqalāni.
 
Bapa beliau adalah seorang yang berilmu, ahli sastera, dan seorang yang berharta. Tetapi bapa beliau meninggal dunia semasa beliau masih kecil lagi. Tugas mendidik Ibnu Hajar telah diambil alih oleh al-Khwaja Abu Bakar bin Ali al-Kharrubi (Wafat: 787H) salah seorang kerabat bapa beliau yang juga seorang saudagar besar di Mesir. Al-Hafiz Ibnu Hajar telah mendapat pendidikan yang sempurna dan kebijaksanaannya telah terserlah sejak kecil lagi.
 
Beliau sempurna menghafal al-Qur’an seawal usia 9 tahun. Beliau juga dipelihara oleh Shams al-Din Muhammad bin ‘Ali bin al-Qattan al-Misri (Wafat: 813H). Dan beliau juga memiliki kekuatan daya ingatan yang tinggi.
 
Dalam usaha menguasai pelbagai aspek ilmu, beliau telah melakukan pelbagai pengembaraan ilmiyah dan berguru dengan ramai ulama.
 
Sepanjang hidupnya beliau curahkan seluruh kudrat untuk mendalami ilmu sampailah beliau dikenali sebagai seorang ulama tersohor lagi manpan terutamanya dalam bidang ilmu rijal, hadis, sejarah, dan fiqh.
 
Atas kapasiti ilmunya yang manpan lagi diakui, beliau turut menjawat beberapa jawatan penting dalam struktur kerajaan Mamaluk di Mesir ketika itu seperti mengeluarkan fatwa-fatwa dan menjadi Qadhi al-Qudat asy-Syafi‘iyyah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
 
Di samping menggalas tanggungjawab berfatwa dan menjadi Qadhi, beliau tetap komited dalam meningkatkan tahap keilmuannya, mengajar, dan berkarya dalam masa yang sama. Beliau menjadi tenaga pengajar utama di beberapa buah madrasah yang masyhur seperti di al-madrasah al-Syaikhuuniyyah, al-Mahmuudiyyah, al-Hasaniyyah, al-Bibarsiyyah, al-Fakhriyyah, al-Saalahiyyah, al-Mu’ayyidiyyah dan beberapa buah madrasah terkenal lainnya.
 
Pandangan dan Pujian Para Ulama Terhadap Al-Hafiz Ibnu Hajar
 
Sebagai tokoh ilmuan yang sangat dikenali dan disegani, sudah tentu beliau dinilai oleh para gurunya mahupun muridnya dengan penilaian yang tersendiri. Di antara sebahagian pujian tersebut adalah sebagaimana dijelaskan berikut.
 
Pandangan Zain al-Din Abd Rahim al-‘Irāqi (Al-Hafiz Al-‘Iraqi) yang merupakan salah seorang guru Al-Hafiz Ibnu Hajar; apabila beliau ditanya mengenai pengganti beliau setelah kematiannya kelak, beliau menyenaraikan beberapa orang anak muridnya, tetapi yang mendahului senarai berkenaan adalah Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau juga mengiktiraf bahawa anak muridnya ini pakar dalam bidang hadis.
 
Al-Iraqi juga berkata, “Ia adalah Syaikh, yang luas ilmunya, yang sempurna, yang mulia, seorang ahli hadis, banyak memberikan manfaat, yang agung, seorang Al-Hafiz, yang sangat bertaqwa, yang dhabit (dapat dipercayai perkataannya), yang tsiqah, yang amanah, Syihabudin Ahmad Abdul Fadhl bin Asy-Syaikh, Al-Imam, Al-Alim, Al-Auhad, Al-Marhum Nurudin, yang terhimpun pada dirinya para perawi dan syaikh-syaikh, yang pandai dalam nasikh dan mansukh, yang menguasai Al-Muwafaqat dan Al-Abdal, yang dapat membezakan antara rawi-rawi yang tsiqah dan dha’if, yang banyak menemui para ahli hadis, dan yang banyak ilmunya dalam waktu yang relatif pendek.”
 
Al-Hafiz As-Sakhawi berkata, “Adapun pujian para ulama terhadapnya, ketahuilah pujian mereka tidak dapat dihitung. Mereka memberikan pujian yang tidak terkira jumlahnya, namun aku berusaha untuk menyebutkan sebagiannya bersesuaian dengan kemampuan.”
 
Bahkan banyak lagi himpunan pujian dan pengiktirafan terhadap diri beliau dalam bidang ilmu.
 
Karya-karya Beliau
 
Beliau memiliki banyak karya-karya ilmiyyah yang menjadi rujukan para ulama dan penuntut ilmu dalam dunia ahli sunnah wal-jama’ah. Di antara karya-karya agung beliau adalah seperti:
 
1, Ad-Duraar al-Kaaminah fi A’yaan al-Mi’ah al-Thaaminah. Sebuah karya berupa ensiklopedi yang menghimpun biografi para ulama’, sultan, pemerintah, dan penyair berasal dari Mesir dan lain-lain negara pada kurun ke lapan hijrah. Kitab ini antara rujukan penting dalam sejarah Islam Mesir.
 
2, Lisaan al-Mizaan.
 
3, Al-Ahkaam li Bayaan maa fii al-Qur’aan min al-Ahkaam.
 
4, Diwaan Shair.
 
5, Al-Kaafi al-Shaafi fi Takhriij al-Hadits al-Kashsyaaf.
 
6, Dzayl ad-Duraar al-Kaaminah.
 
7, Al-Alqaab ar-Ruwaat.
 
8, Taqriib at-Tahdziib. Kitab ini adalah ringkasan terhadap kitab Tahdziib at-Tahdziib
Al-Ishaabah fii Tamyiiz Asmaa’ ash-Shohaabah, sebuah kitab rujukan penting dalam mengenal para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
 
9, Tahdziib at-Tahdziib.
 
10, Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, iaitu kita yang sedang berada di hadapan para pambaca ini.
 
Dan banyak lagi lainnya dari rangkaian karya-karya beliau.
 
Kewafatan Al-Hafiz Ibnu Hajar
 
Setelah hampir 80 tahun berkhidmat untuk agama dan meninggalkan khazanah karya ilmu yang tidak ternilai harganya, beliau telah pun kembali menemui Allah Subhanahu wa Ta’ala pada 28 Zulhijjah tahun 852 Hijrah.
 
Mengenal karya Tersohor Al-Hafiz Ibnu Hajar, iaitu Kitab Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari
 
Kitab Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari ini disusun oleh al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah selama sekitar tempoh 25 tahun. Beliau telah memulakan usaha besar ini pada tahun 817 Hijrah di usia beliau 44 tahun secara al-imla’, seterusnya beliau menulis sedikit demi sedikit dan merujuk kepada para ulama’ pada setiap minggu sehinggalah selesai pada awal bulan Rejab tahun 842 Hijrah iaitu 10 tahun sebelum kewafatan beliau. Beliau sentiasa membuat penambah-baikkan terhadap karya ini sehinggalah beliau wafat.
 
Kitab Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari ini asalnya mengandungi 13 jilid (dalam bahasa 'arab) setelah dicetak selain dari kitab Hadyu as-Sari yang merupakan muqaddimah kepada karya ini yang mana mengandungi 10 fasal perbahasan berkaitan Shahih Al-Bukhari. Ia dicetak dan diterbitkan pada tahun 1986 dengan cetakan pertama oleh Daar ar-Rayyaan li at-Turats, Kaherah (Mesir). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
 
Kitab ini adalah antara yang termasyhur, menduduki tempat pertama, dan menjadi rujukan utama dalam bidang fiqh hadis-hadis kitab Shahih al-Bukhari sehingga hari ini. Melalui kitab Fathul Bari ini, beliau berusaha sedaya upaya bersesuaian dengan kapasiti ilmunya; beliau mensyarahkan, menghuraikan dan memberi penjelasan hadis-hadis yang terhimpun dalam sebuah kitab Shahih susunan Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H).
 
Beliau memberi penjelasan tentang jalan-jalan (turuq) datangnya hadis, sanad-sanadnya dan para perawinya. Kemudian beliau menjelaskan kaitan setiap bab atau tajuk-tajuk perbahasan yang diletakkan oleh Al-Imam Al-Bukhari di dalam Shahihnya dan kaitannya dengan hadis-hadis yang diletakkan di bawah bab-bab tersebut. Beliau juga menjelaskan kaedah istidlal dan fiqh imam Al-Bukhari berdasarkan tajuk dan hadis-hadis yang diletakkan tersebut. Di samping itu, beliau juga turut menjelaskan permasalahan lughah (bahasa), i’rab, balaghah, sastera, nahu, qira’at, dan kaedah penyebutan sesuatu kata dalam rangkaian hadis dan bab-bab tersebut.
 
Setelah itu, di dalam huraian dan penjelasan fiqh al-hadis tersebut, beliau turut berusaha membawakan pelbagai perbezaan pandangan yang wujud sekiranya ada di antara para ulama sezaman beliau atau yang sebelumnya sama ada dari kalangan ulama mazhab beliau (mazhab Asy-Syafi’i) atau dari kalangan mazhab selainnya. Kemudian beliau jelaskan pula pendapat yang terkuat di antara pendapat-pendapat yang wujud tersebut. Dalam menguatkan salah satu atau sebahagian pandangan-pandangan tersebut, beliau juga turut membawakan sama hadis-hadis lain sebagai pendukung berserta atsar-atsar para sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in atau selainnya dengan disertakan darjat (atau status) kesahihannya.
 
Tidak cukup sekadar itu, kemudian beliau tinggalkan perbahasan beliau dengan kesimpulan yang baik berserta faedah-faedah yang dapat dikutip dari setiap hadis yang beliau huraikan.
 
Kitab Fathul Bari ini amat istimewa kerana ia membahaskan dan menghuraikan sebuah kitab hadis yang ulung dan merupakan kitab paling sahih di muka bumi ini setelah Al-Qur’an Al-Kariim.
 
Perbahasannya merangkumi pelbagai bidang agama bermula dari aspek muqaddimah dan pengenalan dalam bidang hadis, fiqh, dan ushul fiqh, kemudian ia memasuki perbahasan hadis-hadis Shahih Al-Bukhari yang merangkumi perbahasan aqidah, iman, wahyu, ilmu, thaharah, mandi, tayammum, azan, solat, masjid, solat berjama’ah, tatacara solat, solat-solat sunnah, solat Juma’at, ‘Ied dan solat hari raya, pengurusan jenazah, haji dan umrah, puasa, zakat, jual-beli, hutang-piutang, al-wakaalah, wasiat, sumpah, saksi, perdamaian, jihad, jizyah, kitab para nabi, al-manaaqib, fadhail ash-shohabah, peperangan, tafsir, fadhail al-qur’an, kitab nikah, kekeluargaan, korban, aqiqah, sembelihan, kitab makanan dan minuman, perubatan, pakaian, adab, doa dan dzikir, ar-riqaaq, al-qadr, nazdzar, fara’idh, kifarah, hudud, diyaat, kitaab al-fitaan, al-ahkam (hukum ahkam), khabar wahid (hadis ahad), kitab as-sunnah, dan tauhid. Juga banyak lagi lainnya yang tidak mungkin dapat diungkapkan di sini melainkan dengan melihat dan menela’ahnya sendiri. Wallahu a’lam. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Kini alhamdulillah, kitab besar ini telah pun diterjemahkan satu jilid demi satu jilid, satu bab perbahasan demi satu bab perbahasan secara lengkap. Kini telah terbit untuk jilid yang ke-2 mencakupi Kitab perbahasan ilmu. Semoga bermanfaat.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net