Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Terjemahan Shahih Al-Bukhari

Terjemahan Shahih Al-Bukhari
Terjemahan Shahih Al-Bukhari
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 29

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM590.00 RM530.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Terjemahan Shahih Al-Bukhari | Judul Asal ('Arab): Al-Jaami' Al-Musnad Ash-Shahih Al-Mukhtashar min Umuur Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam | Penulis: Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) | Penerbit: Pustaka As-Sunnah | Berat: 9.6kg | Muka Surat: 5 Jilid lengkap (Hard cover) | Methode Penomboran hadis: Penomboran Standard oleh Muhamamd Fu'ad Abdul Baqi


Penulis Kitab Shahih
 
Penulis kitab Shahih Al-Bukhari adalah Abu 'Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari. Beliau lahir di Bukhara pada tanggal 13 Syawwal 194H dan wafat pada tahun 256H.  Bukhara adalah sebuah daerah di Usbekistan, Asia Tengah.
 
Imam al-Bukhari  lahir dalam keluarga yang taat dalam beragama. Ayahnya adalah salah seorang ulama besar dalam mazhab Maliki. Oleh kerana itu, beliau telah mula belajar agama sejak usia kecil lagi.
 
Kecerdasannya, terutama kekuatan daya hafalannya sudah terlihat sejak kecil. Dalam perjalanannya mencari hadis, beliau pernah diuji oleh 10 orang ulama dengan masing-masing mereka menguji 10 buah hadis yang ditukarkan sanadnya satu sama lain. Imam Al-Bukhari dapat menyelesaikan ujian ini dengan cemerlang sekali. Kerana kekuatan hafalannya ini, maka beliau diberi gelar tertinggi di kalangan muhadditsin, iaitu Amiirul-Mukminiin fiil-Hadiits.
 
Semangatnya menelusuri hadis-hadis Nabi sangat luar biasa. Beliau berkelana dari satu negara ke negara lain selama 16 tahun dan berjaya menghimpun lebih 600,000 hadis.
 
Imam al-Bukhari tidak hanya menulis kitab Shahih Al-Bukhari, tetapi juga banyak kitab-kitab lainnya, tidak kurang dari 15 buah kitab. Di antaranya adalah kitab Adab ul-Mufrad, At-Tarikh al-Shaghir, At-Tarikh al-Awsath, At-Tarikh al-Kabir, At-Tafsir al-Kabir,  Al-Musnad al-Kabir, Kitab al-Dhu’afa dan As-Sami’ ash-Shahabah.
 
Nama Kitab dan Kandungan Hadis
 
Imam al-Bukhari memberi nama kitabnya ini dengan judul الجامع المسند الصحيح المختصر من أمور رسول الله صلى الله عليه و سلم وسننه وأيامه . Pemberian nama  al-Jami’ menunjukan bahwa kitab sahih ini tidak hanya menghimpun hadis-hadis dalam satu bidang keagamaan, tetapi banyak bidang keagamaan. Di samping itu penggunaan kata al-Musnad ash-Shahih mengisyaratkan bahawa hadis-hadis di dalam kitab Shahih beliau ini adalah hadis-hadis yang memiliki sandaran yang kuat, iaitu bersambung sanadnya dan memenuhi kriteria hadis sahih.
 
Kita Shahih Imam al-Bukhari ini memuatkan kurang-lebih 4,000 buah hadis. Sebahagian hadis-hadis ini disebut pada beberapa tempat, sehingga bila dihitung seluruhnya, termasuk dengan pengulangannya, maka mencapai 7,000 hadis. Sebanyak 4,000 buah hadis ini, merupakan hadis-hadis yang telah disaring lebih dari 600,000 buah hadis yang diperolehi oleh Imam al-Bukhari.
 
Kriteria dan Penyusunan Kitab Shahih
 
Imam al-Bukhari tidak menjelaskan kriteria darjat hadisnya, tetapi para ulama melakukan penelitian terhadap hadis-hadis yang ada di dalam kitab shahih beliau ini dan menyimpulkan bahawa kriteria yang digunakan beliau adalah begitu ketat lagi teliti. Imam al-Bukhari menggunakan kriteria kesahihan hadis seperti ittishal sanad, al-‘adalah, dhabit, terhindar dari syadz dan ‘illat. Tetapi, untuk ittishal sanad, imam al-Bukhari menggunakan kriteria yang dapat dipastikan liqa’ dan mu’asharah. Di samping itu, rawi-rawi dari kalangan murid Imam al-Zhuhri yang digunakan adalah dari kalangan rawi yang faqih. Maksudnya rawi-rawi yang memiliki al-‘adalah dan dhabit serta telah lama menyertai majlis Imam al-Zhuhri.
 
Kritik dan Pembelaan
 
Walaupun para ulama menyatakan bahawa kitab Shahih al-Bukhari memiliki tahap kesahihan yang tinggi, tetapi ditemukan juga beberapa bentuk krtikan terhadap hadis-hadis yang ada dalam kitabnya, sama ada dari segi kualiti sanad ataupun matan-nya (teks-nya). Imam ad-Daruquthni adalah antara yang menyatakan bahawa dalam Shahih al-Bukhari terdapat hadis-hadis mursal dan munqathi’.
 
Tetapi kritikan ini dijawab oleh para ulama secara ilmiyah terutamanya oleh penulis kitab Syarah-nya, iaitu al-hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H).
 
Manakala isu kritikan matan (teks dan maksud hadis) banyak dimunculkan serta digembar-gemburkan oleh para pemikir modern dan juga dari kalangan orientalis. Hadis-hadis yang dikritik tersebut terutamanya hadis-hadis musykil yang kelihatan menyanggahi sains dan logika modern, misalnya hadis yang menyatakan bahawa Nabi menjelaskan bahawa pada malam hari matahari pergi sujud di bawah 'Arsy Tuhan.
 
Kesukaran dalam memahami hadis-hadis seperti ini, kerana para pengkritik memahami hadis dengan memahami maksud Nabi dalam menyampaikan hadis itu kepada para sahabat. Dalam hadis di atas, Nabi tidak bermaksud untuk menjelaskan dari sudut ilmu astronomi atau astrologi, tetapi Nabi ingin menjelaskan bahawa semua yang ada di alam ini tunduk di bawah kekuasaan Allah. Di samping itu, Nabi berbicara dengan masyarakatnya yang awam dengan pengetahuan astrologi, sehingga apabila Nabi berbicara apa adanya, mereka tidak akan mampu menangkap maksud Nabi.
 
Alhamdulillah, hari ini set lengkap kitab Shahih Al-Bukhari yang memuatkan hadis-hadis Nabi yang mulia lagi sahih ini telah pun diterjemahkan. Semoga manfaatnya dapat difahami dengan lebih baik lagi, insyaAllah.
 
 
 
 
 
 
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net