Judul: Panduan Manasik Haji & Umrah | Penulis: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 350g | Muka Surat: 222m/s (Hard Cover) | ISBN: 978-602-8062-65-7
Dalam masyarakat kita kelihatan begitu kurang buku-buku dan rujukan berkaitan tata cara pelaksanaan haji dan umrah yang praktikal berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Akibatnya, walaupun telah banyak membaca buku-buku berkaitan haji dan umrah, mereka masih terasa begitu sukar memahaminya kerana secara umumnya, buku-buku tersebut hanya membentangkan teori-teori dan penjelasan yang bersifat umum. Bagi mereka yang sudah berpengalaman, tentulah urusan mengerjakan manasik haji dan umrah bukan lagi menjadi masalah. Berbeza halnya dengan para jama’ah yang sama sekali belum pernah menunaikan ibadah yang mulia ini. Demikian juga bagi mereka yang telah berhaji, tetapi masih belum menunaikannya bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam.
Buku Panduan Manasik Haji dan Umrah yang sekarang berada di hadapan anda ini diterbitkan antaranya kerana dilatarbelakangi oleh situasi masyarakat tersebut. Kandungannya, buku ini berusaha membantu para jamaah haji dan umrah untuk mengetahui kaedah tatacara manasik tidak hanya sekadar teori, tetapi juga secara praktikal. Kerana pada hakikatnya, ibadah haji dan umrah, selain menuntut pemahaman yang benar, bersesuaian dengan sunnah, ia juga memerlukan panduan yang bersifat praktikal sehingga mampu membantu dan mempermudahkan para jama’ah mengamalkannya dengan benar.
Sisi lain kekuatan buku ini, di samping adanya penjelasan dan penjabaran, adalah terletak pada nota kaki rujukannya yang menjadi bukti ilmiyah, diikuti penggunaan gambar-gambar yang tentunya akan lebih membantu para pembaca memahami setiap huraian yang dibentangkan. Kaedah ini tentu sekali amat membantu dan memudahkan para jama’ah dalam merealisasikan ibadah yang mulia ini bersesuaian dengan petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Semoga bermanfaat.