Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil, Tuntunan Praktis dan Padat Bagi Ibu Hamil

Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil, Tuntunan Praktis dan Padat Bagi Ibu Hamil
Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil, Tuntunan Praktis dan Padat Bagi Ibu Hamil
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 15 x 18 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bingkisan Istimewa Untuk Ibu Hamil | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dari beberapa kitab para ulama | Penulis/Penyusun: Ibnu Muhammad Ibnu Sholeh Hasbullah | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 210g | Muka Surat: 222m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 18cm (tinggi) x 13cm (lebar) x 1.2cm (tebal) | ISBN: 978-979-18071-9-7 |


Ini adalah sebuah buku yang istimewa untuk tatapan para ibu dan bakal ibu, tidak terkecuali buat tatapan para suami. Disarikan khusus dari kitab-kitab para ulama besar seperti Al-Imam Ibn Al-Qayyim, Abu Malik Kamal As-Sayyid Salim, Salman Asy-Syahrawi, Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd, dan beberapa yang lainnya.

Di antara kandungannya adalah menyentuh tentang maklumat-maklumat syar’i yang penting yang harus diketahui oleh para ibu muslim di ketika kehamilan atau ketika sedang merancang kehamilan, juga diikuti maklumat-maklumat sebaik kehamilan dan fasa nifas (berpantang).

Antaranya seperti menjelaskan pentingnya menjaga keturunan, pentingnya menjaga kewajiban sebagai seorang muslim dalam apa pun keadaannya, pentingnya memastikan siapakah ibu yang bakal mengandungkan anak anda, menjaga niat dan harapan ketika merancang kehamilan, persediaan sebagai calon ibu, pelajaran dari kisah Maryam binti ‘Imran, seandainya mengandungkan anak zina, pentingnya menjaga pemakanan, bahaya rokok dan sebahagian pemakanan, seandainya berlaku keguguran apa yang harus dilakukan, hukum menggugurkan kandungan, bagaimana hubungan dengan suami ketika hamil, membetulkan kesalah-fahaman tentang mengidam, hukum puasa bagi wanita hamil, hukum cecair yang keluar ketika fasa-fasa kelahiran, ketika menghadapi saat-saat melahirkan, dan banyak lagi yang lainnya.

Setelah itu, buku ini juga membahaskan tentang maklumat, etika dan amalan wanita muslim sebaik melahirkan, yakni ketika nifas (atau berpantang). Turut sama dibahaskan adalah amalan-amalan yang disunnahkan untuk dilaksanakan oleh si suami (bapa kepada anak yang dilahirkan).

Selain itu, buku ini juga memaparkan bab khusus tentang persoalan-persoalan yang lazim ditimbulkan berkaitan kehamilan dan kelahiran.

Di bahagian ke empat buku ini, penyusun memuatkan dzikir-dzikir dan doa-doa yang dianjurkan untuk diamalkan bagi wanita yang sedang hamil, ketika saat melahirkan, dan sebaik melahirkan.

Pada bahagian terakhirnya, penyusun membahaskan tentang etika atau sunnah-sunnah menamakan anak yang baru dilahirkan, diikuti senarai nama-nama indah sebagai pilihan dan pedoman berserta makna-maknanya.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net