Judul: Hanya Untukmu Anakku | Judul Asal ('Arab): Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud | Penulis: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq: Salim bin Id Al-Hilali | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.025kg | Muka Surat: 556m/s. (Hard cover) | ISBN: 979-602-8062-61-9
Anak adalah buah hati kita. Kehadirannya sentiasa didambakan oleh setiap pasangan yang berumah-tangga. Anak yang soleh adalah harapan setiap ibu/bapa. Tetapi, untuk mewujudkan impian dan harapan tersebut amat memerlukan komitmen dan ilmu yang benar berkaitan dunia kependidikan anak-anak agar tidak tersalah langkah dalam usaha-usaha mendidik.
Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (691-751H) rahimahullaah, seorang ulama terkenal dalam dunia Islam, telah menyumbangkan hasil ilmunya dalam dunia anak-anak dan pelbagai bentuk permasalahannya, yang ditinjau dari pelbagai aspek dan sisi, melalui sebuah karya emasnya berjudul Tuhfatul Mauduud bi Ahkaamil Mauluud.
Buku ini diperlukan oleh setiap mereka yang telah diberikan kurnia oleh Allah Ta’ala atau orang yang diamanahkan oleh-Nya untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Di dalamnya, penulis menyebutkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam kelahiran seorang anak manusia; dimulai dari masa kelahiran sehinggalah ke alam dunia tempat persinggahan dan kemudian ke tempat menetap di alam akhirat.
Kemudian, buku ini diperkuatkan lagi dengan semakkan yang diberi oleh Syaikh Salim B. 'Ied al-Hilali hafizahullah. Di antara tajuk-tajuk perbahasan yang dibentangkan melalui buku ini oleh Ibnul Qayyim adalah:
1 - Anjuran memohon zuriyat.
2 - Ucapan kepada mereka yang diberi khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata.
3 - Azan di Telinga bayi sebaik kelahiran.
4 - Anjuran tahnik (memberi manisan kepada bayi).
5 - Sunnah Aqiqah.
6 - Mencukur rambut bayi.
7 - Hukum-hakam pemberian nama kepada bayi dan perbahasannya.
8 - Khitan dan aturannya.
9 - Hukum najis kanak-kanak. Solat bersama kanak-kanak sambil mendukungnya, dan adab bermu'amalah dengan anak-anak.
10 - Dibolehkan membawa/mendukung kanak-kanak (bayi) ketika sedang solat.
11 - Kewajiban mendidik anak-anak dan berlaku adil kepada mereka.
12 - Kaedah-kaedah mengurus anak-anak dalam rangka mentarbiyah dan memanfaatkan masa kecil dan fasa-fasa tumbesaran.
13 - Perjalanan manusia sejak dari sperma sehingga ke akhirat.
14 - Fasa-fasa kehamilan, keadaan janin, faktor rupa-paras anak dan tumbesaran bayi dalam rahim.
15 - faktor-faktor kematian bayi dalam kandungan.
16 - Fasa-fasa penyusuan dan kelebihan penyusuan ibu..
Juga beberapa lagi lainnya.