Cinta Allah kepada hamba adalah sebuah kurniaan yang tidak mampu diukur nilainya melainkan oleh orang-orang yang mengenal Allah dnegan benar. Dan cinta Allah kepada para hamba merupakan salah satu sifat dari sifat-sifat-Nya yang wajib ditetapkan dan diimani.
Sebaliknya, cinta hamba kepada Rabb-nya adalah suatu kenikmatan bagi hamba itu sendiri. Tidak dapat dirasakan nikmatnya kecuali oleh orang-orang yang telah mengecap nikmatnya Iman. Dan hukumnya fardhu ain bagi setiap makhluk, kerana ia merupakan manifestasi dari tauhid itu sendiri. Oleh kerana itu, seorang Mukmin yang mencintai Allah tidak boleh mencintai sesuatu yang dibenci oleh Allah, siapa pun dia dan apapun ia.
Buku Syaikh Abdul Azhim bin Badawi al-Khalafi ini memaparkan kepada Anda tentang 40 karekteristik kekasih Allah. Setiap perbahasan yang terpahat di dalamnya ini adalah sebahagian dari hasil jerih payah penulis dalam mengumpulkan ayat-ayat al-Qur`an dan hadis-hadis Nabawi yang berkaitan dengan kecintaan Allah terhadap para hamba-Nya, cara dan faktor-faktor untuk mendapatkannya, dan kesan-kesan positifnya dalam kehidupan sehari-hari yang semuanya dikemas dalam bahasa yang mudah dan menakjubkan.
Di antara karektor yang menjadikan seseorang hamba itu dicintai Allah adalah sentiasa melazimi taubat, sentiasa menyucikan diri, sentiasa berbuat kebaikan, sentiasa berusaha mengitui syari'at, penyabar, bertaqwa, bertawakkal, berlaku adil, berjihad di dajalan Allah, orang yang kuat, orang yang memberi manfaat, orang yang berbakti kepada kedua ibu dan bapanya, orang yang mencintai para sahabat Rasul, orang yang pemurah, orang yang menjaga perhubungan, orang yang mudah memaafkan, dan banyak lagi lainnya. Setiap karektor ini dibahaskan oleh penulis dengan ilmiyah, tuntas, dan mudah difahami. Setiap perbahasan dikuatkan dengan dalil-dalil yang jelas. Sehingga kita merasa seronok membacanya lalu berusaha untuk berkarektor sebagaimana dibentangkan, insyaAllah.
Di antara keistimewaan lain dari buku ini adalah cantuman rujukan pada nota kaki dan darjat hadis yang dihimpunkan, sehingga para pembaca terhindar dari pengamalan hadis-hadis yang meragukan, dha'if, dan maudhu'. Dan pada akhir perbahasan buku ini, beliau memberikan tip-tip bagaimana meraih Syurga dengan cara yang baik dan benar. Syurga itu adalah sebuah tempat yang di dalamnya terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terbetik dalam hati. Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba meraih cinta Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya.