Judul: Buku Poket Do'a & Dzikir Ibu Hamil | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 50g | Muka Surat: 58m/s.
Buku yang kecil ini memuatkan sejumlah maklumat yang sangat bermanfaat.
Buku ini tampil menjelaskan dzikir-dzikir dan doa-doa yang sangat sesuai dibaca dan diamalkan oleh para ibu bermula dari saat memohon untuk hamil, sebaik mengalami fasa-fasa kehamilan, sampailah ke saat melahirkan sang buah hati yang dinanti.
Pada bahagian pertama buku ini, penulis menjelaskan hukum bacaan wirid bagi ibu hamil dan ketika saat melahirkan. Penyusun menjelaskan beberapa bentuk ijtihad ulama terkait hal ini yang bersesuaian dengan sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Pada bab yang kedua, penulis memaparkan sejumlah doa dan dzikir-dzikir yang sesuai diamalkan bagi para ibu hamil dan yang hendak melahirkan.
Pada bab ketiga pula, penulis menjelaskan doa-doa dan dzikir-dzikir yang sesuai dibaca ketika para ibu merasa sakit akibat kehamilan dan ketika hendak bersalin.
Turut dibahaskan dalam risalah ini adalah nasihat-nasihat penting bagi para ibu berkaitan adab-adab berdoa dan berdzikir.
Buku ini bertepatan dengan saiznya yang kecil bersaiz poket, ianya sangat mudah di bawa ke mana-mana, khasnya bagi para ibu.
Buku ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, cenderahati, bahan sebaran umum, risalah sebaran di hospital-hospital atau rumah-rumah bersalin, dan kepada mana-mana individu yang memerlukan lagi dapat dimanfaatkan.
Semoga buku kecil ini dapat membantu meningkatkan motivasi ibu-ibu dan para wanita di fasa-fasa kehamilan dan melahirkan sang buah hati. Sekaligus memperkukuhkan lagi ikatan kebergantungan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam apa jua keadaan.
Buku ini diterbitkan lengkap 64m/s., soft cover.