Judul: Buku Poket Sejak Memilih, Meminang, Hingga Menikah | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku bersize poket yang menggariskan panduan lengkap pernikahan bermula dari urusan memilih pasangan (calon suami/isteri), perlaksanaan pernikahan, khutbah nikah, akad, walimah (kenduri), adab menjadi pengantin, adab bermalam pertama, tatacara mandi hadas, sehinggalah kepada panduan menjaga keharmonian hidup berumah-tangga.
Setiap panduan yang diberi disertakan sekali rujukannya dari sumber-sumber hadis yang sahih dan kitab para ulama ahlus sunnah wal-jama'ah, insyaAllah...
Buku ini sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil dan mudah disimpan.
Juga sesuai untuk diletakkan di ruang tamu, di atas meja-meja, di dalam bilik tidur, dan di ruang-ruang dalam kereta bagi memudahkan capaian membaca, mengamalkannya, atau memahaminya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku kecil ini juga sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu risalah untuk hadiah, sedekah, sebaran, serta cenderahati di majlis-majlis perkahwinan, nota ilmu, dan edaran seperti di surau-surau serta kepada saudara-mara, sahabat handai, dan sesiapa sahaja yang anda rasakan baik lagi bermanfaat.