Judul: Buku Poket Pedoman Safar; Doa bermusafir, Bimbingan Solat Jama' dan Qasar, serta Adab-adab dalam Perjalanan | Penulis: Kompilasi 3 Ulama | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 30g | Muka Surat: 62m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
1 - Sebuah buku kecil bersize poket yang menjelaskan adab-adab bermusafir secara ringkas dan padat. Ia disusun berpandukan dalil-dalil dari al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi yang sahih berserta fatwa-fatwa para ulama secara ringkas dan mudah.
2 - Kandungan buku kecil ini dimulakan dengan doa-doa keluar bermusafir, definisi safar (perjalanan bagi musafir), menjamak dan mengqasarkan solat serta tatacaranya, hukum solat sunnah rawatib dalam perjalanan, hukum-hakam bermukim, hukum-hakam solat orang musafir bersama imam setempat dan sebaliknya, seterusnya buku ini turut disertakan nota-nota berkaitan adab-adab dalam perjalanan seperti - istikharah, adab memulakan perjalanan, berwasiat (meninggalkan pesanan), keizinan ibu/bapa, dan beberapa perkara yang lainnya yang berkaitan. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
3 - Buku kecil bersaiz poket ini sesuai untuk sesiapa sahaja dari peringkat anak-anak sehinggalah kepada yang dewasa yang berminat memahami adab-adab safar dan solat jama' serta qasar. Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai nota, cenderamata, hadiah, dan mudah dibawa ke mana-mana kerana sizenya yang kecil. Sesuai juga dijadikan sebagai risalah dakwah dan sebaran umum dalam rangka memberi maklumat tepat tentang sunnah-sunnah bermusafir kepada masyarakat.