Judul: Buku Poket Keutamaan, Waktu, dan Tatacara Solat Tahajjud | Penulis: Syaikh Dr. Sa'id B. 'Ali B. Wahf al-Qahthani | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 38g | Muka Surat: 64m/s.
Solat sunnah yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat sunnah Tahajjud (qiyamullail), dan dalam firman Allah Ta'ala disebutkan bahawa solat Tahajjud sebagai suatu ibadah tambahan. Yang mana solat ini dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tanpa ditinggalkan sebagai ekspressi kesyukuran atas seluruh nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan.
Di dalam Al-Qur'an Allah memuji orang-orang yang sentiasa menjaga dan melaksanakan solat malam hari, iaitu solat tahajjud. Ini antaranya disebutkan dalam Surah Al-Furqan, ayat 64.
Dalam sebuah hadis sahih pula dinyatakan bahawa kemuliaan seorang mukmin itu ada pada solat malam. Oleh yang demikian, sudah seharuskan kita pada hari ini berusaha bersungguh-sungguh bangun di malam hari melaksanakan solat sunnah ini. Selain dalam rangka mencontohi Rasulullah Shallalalhu 'alaihi wa Sallam, ia juga sebagai ibadah tambahan yang sangat utama dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.
Melaui buku kecil ini, penulis memberikan garis panduan yang baik sekitar info keutamaan solat sunnah di malam hari. Kemudian penulis menjelaskan sama tentang waktu yang paling baik untuk melaksanakannya sama ada di awal malam, di pertengahan malam, atau di penghujung malam. Dalam buku kecil ini juga penulis tidak lupa menjelaskan tatacara yang sahih bagaimana seharusnya kita perlu melaksanakan solat sunnah tahajjud ini dengan sempurna.
Semoga buku ini mampu membantu orang-orang yang sentiasa berusaha melaksanakan ibadah-ibadah sunnah dalam rangka mendekatkan diri kepada Rabb-nya. Semoga ia membantu meningkatkan motivasi di dalam diri untuk berusaha lebih gigih sekaligus melaksanakannya dengan tatacara yang menepati sunnah.
Selain itu, di antara keistimewaan saiz buku yang kecil bersaiz poket ini, semoga ianya boleh membantu secara praktikal, mudah dibawa, mudah untuk disebarkan, dan mudah dijadikan rujukan di mana pun jua.