Judul: Fatwa-fatwa Haji & Umrah | Judul Asal ('Arab): - | Penulis: Syaikh Muhammad B. 'Abdul 'Aziz Al-Musnad | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 750g | Muka Surat: 455m/s.
Buku ini merupakan himpunan Fatwa berkaitan perlaksanaan ibadah haji dan 'umrah yang dikumpulkan dari fatwa-fatwa tiga tokoh yang tidak asing lagi di dunia Islam masa kini, iaitu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, Syaikh Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin, dan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin.
Selain itu, buku ini juga turut menghimpunkan fatwa-fatwa daripada Dewan 'Ulama Besar dan Anggota Tetap Fatwa Arab Saudi. Fatwa-fatwa ini dibentangkan dalam bentuk soal-jawab supaya kandungannya menjadi lebih mesra pembaca dan praktikal yang mana dengan berdasarkan pengalaman situasi para penyoal.
Dari itu, semoga umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadah haji, 'umrah, dan berziarah ke Masjid Nabawi mengetahui dan memahami keutamaan serta adab-adab ibadah yang mulia tersebut, sebagaimana diterangkan melalui risalah ini dengan bahasa yang mudah difahami. Dengan itu, semoga buku ini mudah untuk dicerna, dijadikan rujukan, dan lebih bermanfaat.