Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Talkhishul Habir Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar

Talkhishul Habir Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 17

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM550.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Talkhishul Habir | Judul Asal ('Arab): At-Tamyiz fi Talkhis Takhrij Ahadits Syarah Al-Wajiz Al-Masyhur bi Talkhis Al-Habir | Penulis: Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 7.2kg | Muka Surat: 6 Jilid lengkap.


Inilah rangkaian terjemahan dari kitab At-Tamyiz fi Talkhis Takhrij Ahadits Syarah Al-Wajiz Al-Masyhur bi Talkhis Al-Habir, sebuah kitab karya Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah  yang berupaya hasil tahkrij hadis-hadis yang terdapat dalam kitab fiqh Syafi'iyyah, Syarah Al-Wajiz tulisan Imam Abu Al-Qosim Ar-Rafi'i rahimahullah (Wafat: 623H).
 
Imam Ibnu Hajar rahimahullah berkata tentang bukunya ini, "Aku telah meneliti takhrij-takhrij hadis kitab Syarh Al-Wajiz karya Imam Abu Al-Qasim Ar-Rafi'i semoga Allah membalas karyanya (dengan kebaikan), yang dilakukan oleh sejumlah generasi baru (yang sezaman dengan beliau Ibnu Hajar), di antaranya Al -Qadhi Izzuddin B. Jama'ah, Imam Abu Umamah B. An-Naqqasy, Al-Allamah Sirajuddin 'Umar B. Ali Al-Anshari, dan Mufti Badruddin Muhammad B. 'Abdullah Az-Zarkasyi, semuanya memiliki manfaat dan kelebihan yang berbeza-beza antara yang satu dengan yang lainnya.
 
Dan yang paling luas huraian penjelasannya serta paling baik penjelasannya adalah karangan guru kami, Syaikh Sirajuddin. Hanya cuma ia terlalu panjang dan berulang-ulang sehingga sampai tujuh jilid. Kemudian aku melihat beliau meringkaskannya menjadi satu jilid yang bagus dengan meninggalkan sejumlah penjelasan yang panjang padanya, maka aku pun berhasrat untuk meringkaskannya menjadi sepertiga lebih kecil dari ukurannya, dengan tetap mengambil penjelasannya, dan Alhamdulillah Allah telah menganugerahkan perkara tersebut. Kemudian aku meneliti padanya sejumlah manfaat tambahan daripada para pentakhrij yang tersebut namanya bersamanya, dan dari takhrij kitab Ahadits Al-Hidayah dalam fiqh Hanafi karya Imam Jamaluddin Az-Zaila'i; di mana ia mengingatkan padanya apa-apa yang dijadikan dalil oleh para penentangnya.
 
Aku berharap kepada Allah jika penelitian ini selesai, ia akan dapat mencakupi sejumlah besar majoriti dalil yang digunakan oleh para fuqaha dalam karya-karya mereka tentang persoalan-persoalan furu' (cabang), dan ini adalah tujuan yang mulia."
 
Sebagaimana kitab-kitab fiqh lainnya, maka hadis-hadis yang ditakhrij dalam kitab ini oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, ianya pun merangkumi hadis-hadis dalam cakupan fiqh yang maklum seperti Thaharah, tayammum, wudhu', haid, solat, solat jama'ah, pengurusan jenazah, zakat, puasa, fa'i, ghanimah, nikah, mahar, khulu', thalak, kaffarat, nafkah, murtad, hudud, khitan, korban, aqiqah, dan beberapa skop tajuk lainnya.
 
Semoga hasil terjemahan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pecinta ilmu.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net