Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Shahih Fadhail A'mal

Shahih Fadhail A'mal
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM144.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Shahih Fadhail A'mal | Judul Asal ('Arab): Ash-Shahih Al-Musnad min Fadhail al-A'mal wal Auqat wal Amkinah | Penulis: Syaikh Ali bin Muhammad Al-Maghribi | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 2.6kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap (Hard cover)


Sebuah buku yang mengumpulkan hadis-hadis sahih berkaitan galakkan dan fadhilat-fadhilat amalan.
 
Islam sentiasa mendorong umatnya agar berlumba-lunmba dalam melaksanakan amal kebaikan. Pintu kebaikan terbentang begitu luas sekali bagi mereka yang sentiasa menjaga kualiti amalannya dengan baik. Sebahagian dari kebaikan tersebut mungkin sedia diketahui oleh kaum muslimin tetapi mungkin sebahagian yang lainnya ada yang masih tidak diketahui. Inilah yang sering menjadi masalah dalam kalangan masyarakat ketika ini, iaitu ketidak-tahuan terhadap sebahagian besar ajaran agama Islam itu sendiri.
 
Bagaimana kita mampu mengharap sebuah kebangkitan dan keanjalan sekiranya masyarakat Islam itu sendiri masih jahil dan jauh dari intipati ilmu-ilmu Islam?
 
Dua perkara yang tidak boleh dilupakan dalam memberikan kefahaman terhadap masyarakat awam adalah, tentang keutamaan dan prioriti - Masyarakat perlu diberi kefahaman terlebih dahulu terhadap kepelbagaian aspek fundamental lslam, berkaitan Tauhid, aqidah, manhaj, ibadah, akhlak dan beberapa aspek kritikal lainnya yang benar-benar murni dari ajaran Islam yang dibawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa Sallam serta sebagaimana yang difahami oleh para salaful ummah.
 
Keduanya, berkaitan keautentikan atau kesahihan sumber ajaran Islam itu sendiri. Kesahihan sebuah sumber adalah ibarat harga mati bagi ajaran Islam. Tidak mungkin sebuah ajaran yang benar didasarkan pada sumber-sumber yang tidak diketahui asal-usulnya dan tidak diketahui tahap keasliannya.
 
Kehancuran Yahudi dan Nasrani berlaku di ketika mereka melakukan pelbagai bentuk pemalsuan, penyelewengan, dan pemutar-balikan isi kandungan Kitab yang diturunkan kepda mereka. Kerana itulah Allah 'Azza wa Jalla telah menjamin untuk menjaga al-Qur'an dari sebarang bentuk pemutarbalikkan dan penyimpangan.
 
Hadis-hadis Rasulullah Shalallahu 'Alaihi wa Sallam dijaga oleh Allah melalui para Ulamanya dengan kewujudan ilmu Jarh wat Ta'dil. Lebih dari itu, dan merupakan faktor terpenting adalah bagaimana menyampaikan kepada umat secara sah dan autentik.
 
Inilah yang ditempuh para ulama dalam meriwayatkan hadits dan menulis kitab-kitab mereka. Kerana itu para Da'i wajib berhati-hati dalam menyampaikan ajaran Islam, sama ada melalui lisan ataupun tulisan.
 
Buku ini merupakan salah satu bentuk usaha menyampaikan Islam secara asli dan penuh kehati-hatian. Sebagaimana diketahui, hadis-hadis tentang keutamaan amal (fadhail amal) terlalu banyak yang palsu (maudhu') dan lemah (dhaif).
 
Kerana itulah penulis berusaha dengan penuh ketekunan menjalankan penelitiannya terhadap hadis-hadis berkaitan dengan topik fadhail amal ini secara cermat bagi tujuan mengumpulkannya, membukukannya, dan memastikan hanya yang sahih dan sah sahaja untuk disampaikan kepada masyarakat.
 
Kitab ini sangat menarik untuk dibaca dan diamalkan oleh umat Islam bersesuaian dengan manhaj salafush soleh, kerana:
 
1 - Tema Fadhail Amal adalah tema yang sangat sinonim dengan hadis-hadis maudhu' dan dhaif, bahkan ada beberapa bentuk karya yang khusus membahaskan persoalan ini kurang memberi perhatian terhadap kualiti hadis-hadisnya sama ada sahih, lemah, atau maudhu'.
 
2 - Masyarakat awam pada hari ini amat menggemari persoalan-persoalan berkaitan fadhilat-fadhilat amalan sehingga banyak kita saksikan banyak amal-amal yang tidak ada sumbernya sama sekali direka-cipta bagi meraih sesebuah fahilat dan keutamaan.
 
Akhir sekali, perlu kita fahami dengan baik adalah - Masalah menentukan sesuatu fadhilat (keutamaan) bagi seseuatu amalan haruslah berdasarkan kepada petunjuk yang sahih dari Al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih, bukan berdandaskan kepada hadis palsu, cakap-cakap orang, perasaan, apatah lagi pertimbangan akal atau hawa nafsu.
 
Di antara topik-topik (bab-bab) yang yang dimuatkan dalam buku ini adalah:
 
1 - Keutamaan (Fadhilat/galakkan) ikhlas dan menyucikan hati,
 
2 - Keutamaan Azan.
 
3 - Keutamaan Menunaikan Solat, Solat jama'ah, dan duduk di masjid.
 
4 - Keutamaan menguruskan jenazah.
 
5 - Keutamaan Puasa.
 
6 - Keutamaan Haji.
 
7 - Keutamaan Jihad.
 
8 - Keutamaan al-Qadha' (Pengadilan dan Perundangan).
 
9 - Keutamaan dalam bab Jual-Beli.
 
10 - Keutamaan Nikah dan berkeluarga.
 
11 - Keutamaan Ilmu.
 
12 - Keutamaan Dzikir, Doa, Taubat, dan istighfar.
 
13 - Keutamaan Silaturrahim.
 
14 - Keutamaan Adab.
 
15 - Keutamaan dalam bab makan/minum.
 
16 - Serta beberapa yang lainnya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net