Judul: Fiqih Dakwah Ummahatul Mukminin | Judul Asal ('Arab): Silsilah Ummahatul Mu’minin wa Ad-Da’wah Ilallah | Penulis: Dr. Khalid B. Muhammad | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.8kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap.
Ummahatul Mukminin (ibu kaum yang beriman), sebuah gelaran yang disematkan kepada para isteri Rasulullah. Mereka memiliki peranan yang sangat penting dalam penyebaran dakwah dan pengajaran agama pada generasi sahabat dan tabi’in terutamanya kepada kalangan wanita muslimah.
Tidak dapat dinafikan, bahawa mereka adalah wanita-wanita mulia yang mendapat kesempatan merakam secara sempurna dan terperinci segala bentuk peri-kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang kemudian disampaikan kepada kaum muslimin.
Setelah kewafatan Rasulullah, mereka adalah rujukan pertama bagi para sahabat. Terutama apabila menghadapi persoalan dan bagi tujuan ilmu serta mencari jawaban bagi masalah-masalah tertentu. Lebih-lebih lagi permasalahan yang berkaitan dengan keluarga dan wanita.
Rumah-rumah mereka dijadikan sebagai madrasah-madrasah ilmu, tempat kaum Muslimin bertanya dan meminta fatwa. Sehingga keberadaan Ummahatul Mukminin menduduki posisi yang sangat penting, sama ada sebagai sumber ilmu agama, rujukan, fatwa, pembelajaran, ataupun sebagai contoh tauladan, khususnya bagi kaum wanita dalam soal keimanan, kesabaran, ilmu, pendidikan, dan kekeluargaan.
Begitu juga dengan kesungguhan mereka dalam mempertahankan kemurnian Islam, di mana mereka harus memikul kewajiban-kewajiban khusus dan berat, sebagai seorang wanita, isteri Rasulullah, dan juga ummahatul mukminin. Ini adalah sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surat Al-Ahzab ayat 32-33, Allah menyebutkan:
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا (32) وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita-wanita lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu “tunduk” (melunakkan suara) dalam berbicara, sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul bait dan membersihkanmu sebersih-bersihnya.”
Buku ini menyoroti sisi-sisi penting dari kehidupan Ummahatul Mukminin, iaitu mengenai manhaj (prinsip beragama), pola fikir, sarana (kaedah), kehidupan berumah-tangga, kehidupan sebagai isteri, kehidupan poligami, kehidupan sebagai isteri seorang nabi, dan fiqih dakwah mereka serta pengaruh hal-hal tersebut terhadap kejayaan dakwah mereka dan Islam umumnya. Secara terperinci dan sistematik disebutkan satu persatu pola, manhaj, sarana, dan pengaruh dakwah isteri-isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang berjumlah 11 orang tersebut disertai keutamaan, kedudukan, dan peranan masing masing dalam dakwah Islam.
Buku ini tentu sangat bermanfaat bagi para juru dakwah dan para pendidik serta akan memberikan inspirasi baru kepada mereka dalam dunia dakwah dan pendidikan. Ia juga turut memiliki peranan penting dalam mendidik pemikiran ibu-ibu, para isteri, dan para wanita di luar sana secara umum. Padanya memiliki contoh tauladan yang agung dan mulia.