Judul: Bencana-bencana Besar Dalam Sejarah Islam | Judul Asal (‘Arab): An-Nawazil Al-Kubra fit Taariikh Al-Islaami | Penulis/Penyusun: Dr. Fathi Zaghrut | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Masturi Irham dan Malik Supar | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 950m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 4cm (tebal) | ISBN: 9789795926825 |
Baghdad, Granada, Andalusia, Cordova, Istanbul, Baitul Maqdis (Al-Quds), merupakan kota-kota Islam pada masa lalu. Di antara kota-kota yang dikenang sebagai kota ilmu, peradaban, pembangunan, simbol kegemilangan pemerintahan, jejak kesenian kejuruteraan dan inovasi, dan merupakan pusat berkumpulnya kaum muslimin. Dari kota-kota inilah peradaban dan kemajuan kehidupan manusia hari ini berkembang.
Namun, keagungan kota-kota Islam tersebut kini hanya sebatas kisah-kisah sejarah yang telah mengalami keruntuhan dna kejatuhan. Di antara sebabnya, terlalu membanggakan gaya hidup mewah dan materialistik, kelalaian para pemimpinnya, mengabaikan ilmu-ilmu yang syar’i, berkembangnya pelbagai jenis bid’ah, perpecahan kaum muslimin, dan asakan demi asakan dari musuh-musuh Islam, yakni kaum kafir. Akhirnya, benteng-benteng kaum muslimin pun hancur dan banyak dari kota-kota Islam ditakluk dan bertukar tangan.
Buku ini diterjemahkan dari judul asal (bahasa Arab), “An-Nawazil Al-Kubra fi At-Taariikh Al-Islaami” (Peristiwa-peristiwa Besar Dalam Sejarah Islam).
Peristiwa-peristiwa besar yang dimaksudkan adalah merupakan bencana buat kaum muslimin; yakni (antaranya) berupa peristiwa kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol pada tahun 656H, kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan tentera Salib pada tahun 492H, kejatuhan Granada di Andalusia, dan lenyap serta berakhirnya pemerintahan Islam di Andalusia (Spanyol) pada tahun 897H, sehingga kemudian kejatuhan pemerintahan ‘Utsmaniyyah pada tahun 1342H yang dikatakan benteng terbesar terakhir bagi kaum muslimin.
Empat kota besar yang penuh dengan sejarah dan kegemilangan umat Islam di masa silam itulah antara yang menjadi fokus utama perbahasan buku ini. Penulis, Dr. Fathi Zaghrut tidak hanya sekadar memaparkan faktor-faktor utama dan fasa-fasa kejatuhan yang membawa kepada keruntuhan, tetapi juga memberikan analisa dan hikmah-hikmah yang sangat bermanfaat.
Kerana itu, buku ini bukan bertujuan mengajak kaum kaum muslimin untuk meratapi apa yang telah terjadi pada masa lalu, tetapi sebaliknya mengajak kita semua untuk belajar, melakukan muhasabah diri, melihat kelemahan diri dan memperbaikinya dengan segera, dan berusaha bersungguh-sungguh agar jangan sampai mengulangi kesalahan sama sebagaimana masa lalu. Pelbagai hikmah dan pelajaran harus diambil dan dimanfaatkan melalui pelbagai peristiwa dan analisa sejarah yang dibentangkan oleh buku ini.
Semoga bermanfaat.