Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Aqidah Wasithiyyah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah [Dengan Syarah oleh Asy-Syaikh Ibn Utsaimin]

Syarah Aqidah Wasithiyyah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah [Dengan Syarah oleh Asy-Syaikh Ibn Utsaimin]
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 17 x 5

ISBN: 9789791254236
Availability: In Stock
Price: RM88.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Aqidah Wasithiyyah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Al-‘Aqidah Al-Waasithiyyah  | Penulis/Penyusun: Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq/Syarah: Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) | Penterjemah: Izzudin Karimi | Penerbit: Darul Haq (DH) | Berat: 1.8kg| Muka Surat: 862m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.3cm (tinggi) x 17cm (lebar) x 4.5cm (tebal) | ISBN: 978-979-1254-23-6 |


Kitab Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah ini merupakan tulisan dan susunan Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) yang ditulis atas permintaan seorang qadhi (hakim) dari daerah Wasith (di ‘Iraq) pada ketika itu. Di mana pada saat itu, kaum muslimin di ‘Iraq sedang menghadapi bukan sahaja ancaman fizikal, bahkan serangan ideologi dan pemikiran di bawah penjajahan Tatar (Mongol), yang mana situasi tersebut telah menyebabkan kaum muslimin di ‘Iraq jauh dari kefahaman aqidah yang sahih.

Kandungan kitab ini sangat bagus dan bermanfaat untuk dipelajari dan dikuasai oleh para penuntut ilmu khasnya di zaman yang penuh dengan serangan dan ancaman ideologi yang menyimpang dari jalan ahlus sunnah wal-jama’ah.

Edisi yang ada di hadapan kita ini merupakan edisi terjemahan lengkap Kitab Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah dengan tambahan huraian dan penjelasan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah, seorang ulama faqih di zaman ini.

Pada huraian dan penjelasan ini terkandung banyak sekali manfaat untuk para penuntut ilmu. Di dalamnya membahaskan asas-asas dan cabang-cabang tauhid, penjelasan terperinci rukun iman, manhaj dan prinsip dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah, hakikat cinta dalam perbahasan aqidah, pelbagai bantahan terhadap kelompok dan fahaman yang menyimpang di hampir seluruh bab perbahasan, kefahaman yang benar terkait As-Sunnah, penjelasan tentang sifat pertengahan (al-Wasath) bagi ahlus sunnah, perbahasan hakikat iman, penjelasan tentang hari Kiamat dan hari kebangkitan, hakikat taqdir, sikap yang benar terhadap sahabat-sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, penjelasan tentang karamah, penjelasan tentang bid’ah, penjelasan tentang amar ma’ruf dan nahi mungkar di sisi ahlus sunnah, dan juga penjelasan terkait akhlak dan adab sebagai ahlus sunnah.

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata tentang kitab ini:

“Allah telah menganugerahkan nikmat kepada kami sehingga mampu memberi penjelasan (mensyarahkan) kitab Al-‘Aqidah Al-Wasithiyyah, karya emas Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah, yang membahaskan aqidah ahli sunnah wal-Jama’ah yang menjadi mata-pelajaran (silibus) di masjid di hadapan para penuntut ilmu yang mempelajarinya daripada kami.

Di atas kesungguhan mereka dalam menjaga penjelasan yang kami sampaikan, maka mereka merakamnya, lalu kemudian mereka telah menyalinnya di atas kertas berpandukan kepada rakaman kaset yang mereka rakam.

Telah diketahui bahawa penjelasan yang disampaikan melalui syarahan di meja pengajian tidaklah sama dengan penjelasan yang tertulis dan telah melalui proses suntingan, kerana yang pertamanya, sangat mungkin telah diberi penambahan atau mengandungi kekurangan tertentu. Kemudian aku pun melakukan semakkan ke atasnya, dan alhamdulillah aku pun membuang apa yang tidak diperlukan dan menambah apa yang diperlukan.

Aku berdoa kepada Allah semoga syarah (penjelasan) ini bermanfaat sebagaimana matan (teks/kandungan) aslinya...”

Buku ini adalah antara yang baik dalam membina landasan manhaj (aqidah) bersesuaian pegangan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dari generasi salaf, dengan dalam masa sama turut menjadi hujjah menjelaskan dan menjawab hakikat serta asas-asas syubhat kelompok bathil dari kalangan Muktazilah, Jahmiyyah, Khawarij, Syi’ah, Al-Asya’irah, Al-Maturidiyiah, sufi, dan beberapa yang lainnya termasuklah kelompok liberal dan mulhid (atheis) pada zaman ini.

Sebahagian dari kelompok-kelompok bathil ini mungkin tidak lagi mudah dikenali dengan nama-nama tersebut, tetapi apabila kita menelitinya melalui buku ini, maka akan jelaslah siapa mereka pada hari ini walaupun ia hadir dengan baju dan nama pertubuhan, kumpulan, jama’ah, atau kumpulan yang berbeza.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net