Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bersama Niqab, Kupasan Ilmiyah Amalan Berniqab; Sunnah, mengikut adat atau untuk nampak cantik?

Bersama Niqab, Kupasan Ilmiyah Amalan Berniqab; Sunnah, mengikut adat atau untuk nampak cantik?
Terbitan: Penerbitan AlKutawi
Product Code: Penerbitan Alkutawi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22.8 x 15 x 0.8

ISBN: 9789671459133
Availability: Out Of Stock
Price: RM26.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bersama Niqab | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas Al-Kutawi | Ta’liq/Syarah: Penyusun | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Penerbitan Alkutawi | Berat: 0.45kg | Muka Surat: 210m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.8cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 0.8cm (tebal) | ISBN:  978-967-1459-13-3 |


Amalan ber-niqab dalam kalangan wanita muslim pada hari ini tampak semakin meningkat dan mendapat perhatian.

Amalan ber-niqab (untuk menutup wajah) bagi wanita muslim memang ada dalam Islam dan merupakan sunnah. Namun, sejauh manakah ia dipraktikkan bersesuaian dengan ilmu dan kefahaman yang benar?

Amalan ber-niqab merupakan antara simbol rasa malu dalam kalangan wanita soleh kalangan para shahabiyyat di masa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Jadi, adakah amalan ber-niqab yang menjadi fenomena pada hari ini dipraktikkan bersesuaian dengan apa yang dipraktikkan di zaman Salaf Ash-Sholeh?

Buku “Bersama Niqab” setebal 210m/s. ini merupakan karya dan susunan Al-Ustaz Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas Al-Kutawi. Menjelaskan hakikat niqab dari kaca mata sunnah (Islam) dan budaya (Arab atau Melayu).

Buku ini merupakan buku genre ilmiyah membahaskan topik berkaitan; dimulakan dari definisi niqab, jilbab, khimar dan cadar. Kemudian diikuti dengan sejarah niqab itu sendiri dan amalan menutup wajah dalam kalangan ahli kitab, Arab Jahiliyyah, wanita generasi salaf, dan masyarakat awal dalam kalangan orang Melayu.

Penulis mengemukakan dalil-dalil menjelaskan amalan sunnah ber-niqab bagi wanita muslim diikuti niqab dalam pandangan ilmuan 4 mazhab fiqh ahlus sunnah (Maliki, Hanafi, Hanbali dan Asy-Syafi’i), diikuti pandangan mazhab Azh-Zhahiri, dan beberapa yang lain.

Di bahagian akhir buku ini, penulis menjelaskan pula pelbagai persoalan penting terkait praktik amalan ber-niqab; seperti hukum ber-niqab di depan ipar-duai, ber-niqab ketika tawaf, warna niqab, niqab ketika berkabung, niqab bagi wanita tua, adakah niqab hanya untuk wanita cantik, dan apa pula hukum niqab untuk nampak cantik dan menarik perhatian (fenomena hijabista atau niqabista), dll.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net