Judul: Dirasatul Firaq – Terjemahan Lengkap Kitab Al-Farqu Bainal Firaq | Judul Asal (‘Arab): Al-Farqu Bainal Firaq | Penulis/Penyusun: Al-Imam ‘Abdul Qahir Al-Baghdadi rahimahullah (Wafat: 429H) | Ta’liq/Syarah: Team Penerbit | Tahqiq/Takhrij: Berdasarkan kitab-kitab Syaikh Al-Albani | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Zam-zam Mata Air Ilmu | Berat: 0.8kg | Muka Surat: 463m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23.0cm (tinggi) x 15.0cm (lebar) x 2.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-8975-97-1 |
Ini adalah edisi terjemahan lengkap dari kitab Al-Farqu Bainal Firaq karya ‘Abd Al-Qahir bin Thahir Al-Baghdadi rahimahullah (Wafat: 429H).
Kitab berjudul Al-Farqu bainal Firaq ini adalah antara yang terkenal dalam perbahasan sejarah terkait perpecahan dan peperangan ideologi (aqidah dan pemikiran) dalam kalangan umat Islam. Penulis mengajak kita untuk menyelusuri sejarah dan sebab-sebab munculnya pelbagai firqah (kelompok) dalam kalangan umat Islam, ciri-ciri dan karektor setiap kelompok, bentuk ideologi pemikiran yang dibawa oleh masing-masing kelompok, serta perbezaan yang dominan di antara satu dengan yang lain. Penulis turut menjelaskan hakikat dan manhaj kelompok yang benar yakni ahlus sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang diwarisi dari kalangan salaf as-soleh seraya menjadi pembeza antara kelompok yang haq dengan yang bathil.
Semoga bermanfaat.