Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian Al-Qur'an dan As-Sunnah

Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian Al-Qur'an dan As-Sunnah
Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian Al-Qur'an dan As-Sunnah
Terbitan: Pustaka Al Furqon
Product Code: Pustaka Al-Furqon
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 2

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Matahari Mengelilingi Bumi Sebuah Kepastian Al-Quran dan As-Sunnah Serta Bantahan Terhadap Teori Bumi Mengelilingi Matahari | Penulis: Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf | Penerbit: Pustaka Al-Furqon | Berat: 0.4kg | Muka Surat: 220m/s.


Telah beberapa generasi lamanya kita diberi pendidikan semenjak kanak-kanak, di bilik-bilik kuliah, di bangku-bangku sekolah, di peringkat univerisiti, sehinggalah ke peringkat profesional dengan pemahaman bahawa bumi mengelilingi matahari.

Pernahkah kita terfikir atau mengkaji dengan teliti sama ada ini merupakan teori yang dapat diterima kebenaran dan kesahihannya secara ilmiah? Atau sebaliknya, bahawa mataharilah yang mengelilingi bumi dan malah seluruh jasad di angkasa bertindak menglilingi bumi dengan menjadikan bumi sebagai pusat jagat raya di angkasa? Bukankah pernyataan “Bumi mengelilingi matahari” masih hanya sekadar teori dan tiada kepastian yang pasti? Pernahkah ia benar-benar terbukti secara sainstifik dan pancaindera?

Kalau seandainya ia teori yang benar, mengapa setiap kiraan berkaitan angkasa dilakukan dengan anggapan bumi itu pegun atau statik? Dan tidak dilakukan kiraan atas teori bumi berputar? Aneh bukan? Jadi apa pula pandangan Islam tentang perkara ini? Adakah Islam memiliki pandagannya yang tersendiri dalam perkara ini? Apakah Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi ada menyentuh soal ini?

Tahukah anda bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menyatakan bahawa langit dan bumi itu tetap pada kedudukannya:

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

“Sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi agar tidak berganjak dari kedudukannya; dan benar-benar jika kedua-duanya akan berganjak, tidak ada siapapun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya Allah Maha Lemah-lembut lagi Maha Pengampun.” (Surah Faathir, 35: 41)

Sila lihat kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ath-Thabari dan Ibnu Katsir tentang makna “أَنْ تَزُولَا” dengan lebih terperinci.

Nah, demikianlah Allah menegaskannya di Kitab-Nya yang mulia! Tetapi mengapa kita masih berbicara mengikuti teori-teorinya para orientalis?!

Maka itulah, buku yang sedang berada di hadapan pembaca ini bakal menyingkap dan membongkar pelbagai rahsia berkenaan perkara ini setelah sekian lama kita disogokkan dengan teori bumi mengelilingi matahari. InsyaAllah perbahasan yang dibawakan dan dibentangkan oleh penulis melalui buku ini adalah dengan rujukan yang ilmiah mendahulukan Al-Qur’an, As-Sunnah, serta perkataan dan penafsiran ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jama’ah yang berautoriti dari era awal Islam sehinggalah zaman ini. Turut dikemukakan ijma’ ulama dalam hal ini.

Bayangkanlah, sekiranya bumi sentiasa bergerak dan berputar, berapakah nilai kelajuannya dalam sesaat atau seminit, mahupun per jam? Pernahkah ahli sains menjelaskan hakikat ini? Tidakkah ia bakal menghasilkan suatu tenaga kinetik dan inersia kepada penghuni di atasnya? Tidakkah bumi akan terus bergeser dengan keadaan persekitarannya seperti langit dan udara? Pernahkah Allah menyatakan di dalam Al-Qur’an bahawa bumi itu bergerak, atau sebaliknya Allah menyatakan yang bergerak adalah matahari, bintang, dan bulan? Sama-samalah kita menelitinya dengan saksama. Semoga Allah sentiasa meletakkan kita di atas jalan yang lurus.

Bukanlah suatu yang berlebihan jika dikatakan bahawa orang-orang yang membaca Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengimani perkhabaran-perkhabaran yang terkandung padanya itu adalah jauh lebih mengerti dan berilmu tentang angkasa lepas dan apa yang ada di ruang langit serta sekitarnya berbanding para saintis NASA dan para astronomer lainnya. Kerana orang-orang yang membaca Al-Qur’an itu mendapat khabar langsung tentang dunia di atas sana dari yang Maha Menciptakannya yang sentiasa tinggi di atas seluruh makhluk-Nya, serta mendapat penjelasan pula dari seorang manusia yang tidak pernah berdusta yang pernah naik sendiri ke angkasa sana, iaitu dari seorang Nabi bernama Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seorang Nabi yang menerima ilmu berupa wahyu dari Allah.

Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net