Judul: Perlukah Hizbiyah Dalam Dakwah | Judul Asal (‘Arab): Hukmul Intima’i ilal firaqi wal ahzaabi wal jamaa’aati Al-Islaami | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd rahimahullah (Wafat: 1429H) | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Al-Ustaz Zainal Abidin Syamsuddin | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 0.4kg| Muka Surat: 216m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.8cm (tinggi) x 14.3cm (lebar) x 1cm (tebal) | ISBN: 978-602-0871-26-4 |
Al-Hizbu secara bahasa bermakna kelompok, golongan, organisasi. Manakala hizbiyyah bermakna penisbatan kepada suatu hizb (kelompok), mendukung atau berpihak kepadanya serta mengikutinya.
Gerakan hizbiyyah dan taksub mazhab (atau kelompok) tidak pernah dikenal dalam penyebaran dakwah di masa Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Ini kerana pada masa tersebut urusan kaum muslimin dikendalikan secara langsung di bawah naungan khilafah An-Nubuwwah bersesuaian prinsip-prinsip yang tertera di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah berteraskan pemahaman Salaful Ummah.
Gerakan hizbiyyah dan takzub madzhab (atau kelompok) mula muncul setelah lahirnya pelbagai bentuk bid’ah dan kesesatan di tengah-tengah umat Islam, yang membuat umat saling bertelingkah, berselisih, berpecah dan bermusuhan. Akhirnya, tercemarlah dakwah Islam dengan sebab sifat-sifat hizbiyyah dan ashabiyah.
Sebahagian pihak berpendapat bahawa gelombang hizbiyyah masih diperlukan kerana ianya mampu meneguhkan kesatuan, menghadirkan keharmonian dan menggalang kekuatan serta solidariti dalam rangka memajukan Islam dan menegakkan kekhilafahan. Namun, adakah ianya benar?
Syubhat hizbiyyah sangatlah dahsyat yang kadang menimbulkan pertelingkahan yang sangat keras di kalangan sesama kaum muslimin. Adakah dengan muncul dan bangkitnya bermacam-macam gerakan hizbiyyah saat ini merupakan solusi dalam dakwah? Atau bahkan menjadi puncak keretakan dan perpecahan dalam kalangan kaum muslimin?
Sama-sama kita telusuri hakikat dan kesan-kesan hizbiyyah dimaksudkan melalui buku ini. Susunan dan penjelasan penting oleh ulama besar di masanya, yakni Asy-Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zayd rahimahullah.
Semoga bermanfaat.