Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Talkhis Al-Hamawiyah, Penjelasan Aqidah Asma' wa Shifat dan Bantahan Untuk Golongan Yang Menyimpang

Talkhis Al-Hamawiyah, Penjelasan Aqidah Asma' wa Shifat dan Bantahan Untuk Golongan Yang Menyimpang
Terbitan: Pustaka Imam Bonjol
Product Code: Pustaka Imam Bonjol
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.5 x 12.4 x 0.7

ISBN: 9786026360199
Availability: In Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Talkhis Al-Hamawiyah | Judul Asal (‘Arab): Fathu Rabbil Bariyyah bi Talkhis Al-Hamawiyah | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ustaz Zainal Abidin | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol| Berat: 0.23kg| Muka Surat: 170m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.5cm (tinggi) x 12.4cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-19-9 |


Alam kehidupan ini tidak akan pernah sepi dari para ulama sunnah yang mulia lagi berilmu, yang tetap komited, tegar, dan sabar untuk membela Kitab Allah dan Sunnah-sunnah Rasul-Nya. Mereka terus-menerus memberikan bantahan dengan ilmiyah dan jelas terhadap setiap syubhat yang ditebarkan oleh ahli bid’ah, tokoh-tokoh kesesatan, para pendukung kebathilan dan para penyebar kerosakan.

Di antara para ulama yang sangat gigih dan tegas membela sunnah dan menghambat bid’ah dan para pelakunya adalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wafat: 728H). Beliau telah mendapat ujian berat dan tekanan yang besar dalam rangka membela aqidah Ahli Sunnah wal Jama’ah serta melawan pelbagai bentuk serangan ahli bid’ah.

Meskipun begitu beliau tidak merasa gentar dan patah semangat dalam membongkar kebatilan yang selama ini mereka sembunyikan.

Di antara penyimpangan yang banyak menyesatkan umat tersebut adalah takwil-takwil batil dalam memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dalam rangka meluruskan hal tersebut, beliau telah menyusun tulisan dengan judul Al-‘Aqidah Al-Hamawiyyah. Lalu kemudian pada hari ini, kitab tersebut telah diringkas dan dimudahkan pula oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) dengan judul Fathu Rabbil Bariyyah bi Talkhisil Hamawiyyah. Dengan edisi ini, maka tulisan tersebut lebih mudah dicerna dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat, sehingga para pembaca mampu mendapat pencerahan dan kefahaman yang sewajarnya dalam isu yang banyak disamarkan oleh banyak dari kalangan ahli bid’ah ini.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net