Judul: Menapaki Tangga Keshalihan, Menuju Kesucian Jiwa | Judul Asal (‘Arab): Tazkiyatun Nufus | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Ahmad Farid | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ahmad Taufiq | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 0.45kg| Muka Surat: 246m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20cm (tinggi) x 14cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-19-9 |
Mendapat redha Allah dan masuk ke Syurga-Nya adalah dambaan dan cita-cita setiap hamba. Tetapi, Syurga itu tidak dapat dimasuki oleh sembarangan orang. Hanya orang tertentu saja yang layak memasukinya. Iaitu orang yang membawa bekal berupa amal-amal yang soleh dan jiwa yang suci. Untuk mencapai kesucian jiwa dan kesolehan diri tidaklah mudah. Seseorang harus bersedia menundukkan jiwa yang gemar memberontak agar tetap sabar dan tegar untuk sampai ke tujuan.
Mengendalikan jiwa di sini antaranya adalah dengan menyucikannya dari noda-noda syirik, riya’, ‘ujub, takabbur, dengki, iri, hasad, panjang angan-angan, dan cinta dunia dengan cara menghiasi hati dengan sifat ikhlas, khauf, raja’, tawakkal, redha, sabar, syukur, cinta, dan taubat serta inabah. Ya, ianya memang jauh lebih sukar jika dibandingkan dengan mendaki gunung yang tinggi.
Atas sebab itulah, wajarlah bagi orang yang mampu melakukannya disambut oleh Allah dengan panggilan-Nya,
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Rabb-mu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”
Semoga bermanfaat.