Judul: Keagungan Surah Al-Fatihah | Judul Asal (‘Arab): Qathfuts Tsamar Al-Mustathaah fii Tafsiiri Faatihatil Kitaab | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Muhammad bin Musa Alu Nasr | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Ahyatul Ihsan | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 0.2kg| Muka Surat: 48m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 19.4cm (tinggi) x 12.3cm (lebar) x 0.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-3772-81-3 |
Surat Al-Faatihah adalah surah yang paling agung di dalam Al-Qur’an. Disebut Al-Faatihah kerana ia merupakan pintu gerbang untuk memasuki dan mengharungi luasnya samudera Al-Qur’an. Surah ini dinamakan juga dengan Ummul Kitab, kerana ia memuatkan fokus utama isi keseluruhan Al-Qur’an yang terdiri dari 114 surah.
Dalam sehari semalam, kaum Muslimin membaca surah Al-Faatihah sekurang-kurangnya sebanyak tujuh belas kali dalam lima solat wajib. Maksudnya di sini tujuh belas kali mereka diingatkan oleh kandungan Al-Faatihah melalui ayat-ayatnya. Seharusnya, jumlah itu sudah cukup bagi mereka untuk mengorak langkah ke arah menghayati dan memahami intisari Al-Qur’an dengan lebih jauh.
Dari itu, sudahkah kita memahami makna dan pesan-pesan yang terkandung dalam surah Al-Faatihah ini?
Buku yang ada di hadapan kita ini adalah buku yang mengungkap mutiara-mutiara ilmu dan hikmah yang terkandung di dalam Surah Al-Faatihah. Tidak kurang dari 60 mutiara hikmah diungkap secara panjang lebar lagi terperinci berdasarkan kaedah-kaedah ilmu tafsir, ‘aqidah, dan bahasa. Membaca buku ini menjadikan kita seakan-akan sedang mengharungi samudera hikmah surat Al-Faatihah yang begitu luas dan dalam.