Judul: Tazkiyatun Nafs, Belajar Membersihkan Hati | Judul Asal (‘Arab): Tazkiyatun Nufuus wa Tarbiyatuha kama Yuqarriruhu ‘Ulama’ As-Salaf | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Ahmad Farid | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: ‘Umar Mujtahid | Penerbit: Taqiya | Berat: 300g | Muka Surat: 208m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 13.8cm (lebar) x 0.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-124-312-1 |
Setiap orang yang beriman sentiasa mendambakan jiwanya bersih dan hatinya selamat. Dua hal tersebut adalah tujuan hidup yang dia usahakan dengan sungguh-sungguh. Kerana, keduanya merupakan tiket untuk meraih kebahagiaan di dunia dan keselamatan di negeri akhirat.
Akan tetapi, proses membersihkan jiwa ini bukanlah perkara mudah. Kerana, jiwa memang condong untuk menyenangi segala macam pesona dunia dan berlalai-lalaian dengannya. Ditambah pula dengan ajakan dan bisikan syaitan yang sentiasa mendorongnya untuk mengikuti hawa nafsu.
Maka dari itu, meraih ilmu syar’i dan usaha yang sehabis baik sangat-sangat diperlukan bagi tujuan menggapai jiwa yang bersih dan luhur.
Buku ini mengajak kita untuk membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit hati yang disarikan berdasarkan tiga karya ulama besar, yakni Al-Imam Ghazali, Ibnul Qayyim, dan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahumullah.
Buku ini juga dilengkapi dengan hadis-hadis dan sejumlah atsar para salaf yang menguatkan lagi makna dan maksud penyusunannya. Selain turut memuatkan doa-doa dari hadis dalam rangka membantu dan menguatkan hubungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam rangka mendapaykan hati yang bersih dan selamat.
Semoga bermanfaat.