Judul: Shahih dan Dhaif Hadis Kitab Nailul Authar | Judul Asal (‘Arab): Shahih wa Dhaif Nail Al-Authar | Penulis/Penyusun: Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) | Tahqiq/Ta’liq: Dr. Muhammad Hambal Shafwan | Syarah: Dr. Muhammad Hambal Shafwan | Penterjemah: Team Al-Qowam | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 3965g | Muka Surat: 2 Jilid lengkap, 1058m/s. + 932m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.7cm (tinggi) x 19.4cm (lebar) x 10.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-69-3 |
Nailul Authar atau judul lengkapnya Nailul Authar Syarh Muntaqal Akhbar, merupakan kitab hadits karya salah seorang ulama pakar ilmu Al-Qur’an dan hadits, mufti, dan ulama rabbani, yakni Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H). Ia merupakan kitab syarah, penjelasan dan huraian bagi hadis-hadis di kitab Muntaqal Akhbar atau juga dikenal dengan Al-Muntaqa. Al-Muntaqa ini adalah merupakan kitab himpunan hadis-hadis hukum (feqah/fiqh) yang asalnya disusun oleh Asy-Syaikh Majdudin Ibnu Taimiyyah, datuk kepada ulama tersohor Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah.
Kitab ini kemudiannya diberikan takhrij dan status penilaian hadis-hadisnya dengan berpandukan kajian seorang ulama hadis masa kini yang telah dikenal banyak melahirkan karya-karya ilmiyah dan monumental di bidang fiqh dan hadis, yakni Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1421H). Beliau juga merupakan salah seorang ulama besar merangkap pensyarah di bidang hadis dan ilmu-ilmunya di Universiti Islam Madinah pada zamannya. Kredibiliti dan ketelitian beliau diakui oleh banyak dari kalangan ulama besar.
Di antara kitab-kitab hadis di bidang feqah/fiqh semisal Nailul Authar pada kedudukan yang sebaris, adalah seperti Al-Muharrar Ibn ‘Abdil Hadis, Bulughul Maram oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani, dan ‘Umdatul Ahkam oleh Asy-Syaikh ‘Abdul Ghani Al-Maqdisy. Keempt-empat kitab ini semuanya sama-sama merupakan himpunan hadis-hadis hukum, berada pada kategori dan orientasi yang sama. Hanya cuma, ianya berbeza dari sisi jumlah hadis-hadis yang termuat di dalamnya.
Kitab-kitab yang disebutkan ini secara umum sifat dan fokusnya adalah sama, yakni sebagai rujukan (maraji’) bagi para penuntut ilmu syar’i, bacaan umum penuntut ilmu, hadis-hadis penting dan ‘umdah (asas) yang dianjurkan dikuasai dan dihafal oleh penuntut ilmu, dan merupakan hadis-hadis ‘umdah bagi setiap mazhab feqah yang empat.
Semoga bermanfaat sebagai rujukan, semakkan dan bacaan.