Judul: Kunci Kebahagiaan | Judul Asal (‘Arab): Miftah Daaris Sa’aadah | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Ta’liq: Tidak dinyatakan | Syarah: Ibnul Qayyim | Penterjemah: Muhammad Husni | Penerbit: Akbar Media | Berat: 996g | Muka Surat: 428m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 26.5cm (tinggi) x 19.9cm (lebar) x 2.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-9215-57-1 |
Secara garis besarnya, buku ini membahaskan tujuan dan hikmah dari penciptaan manusia dan makhluk-makhluk, tujuan dan cita-cita terbesar yang harus ada pada diri anak keturunan Adam diikuti perenungan terhadap ayat-ayat Allah (baik ayat-ayat syar’i mahupun kauni) sebagai syarat dan jalan meraih kunci-kunci kebahagian hidup sebagai hamba.
Di sela-sela perbahasan buku ini, dalam merungkai tentang tauhid, kebersihan dan luhurnya jiwa, perenungan dan hikmah terhadap ciptaan dan kejadian alam, penulis telah menjabarkan kedetailan perbahasan bukan sahaja terkait penafsiran nash-nash syari’at, tetapi juga terhadap kajian-kajian sains, ilmu-ilmu alam, geografi, astronomi, biologi, kimia, dan yang lainnya diikuti perbincangan terhadap pelbagai pandangan dan pendapat yang muncul dari kajian-kajian sains di ketika itu, semuanya dikupas dari sisi pro dan kontra, dukungan mahupun bantahan.
Bahkan perbahasan yang dijabarkan penulis terbukti melangkaui zaman dan terus relevan menjadi bantahan dan hujahan terhadap pelbagai golongan yang mengingkari Al-Qur’an (kerana mendahulukan akal dan logika), baik dari sudut pendalilan syari’at, sains, pemerhatian, mahupun logika.
Semua ini tidak lain, penulis mengajak kita merenungi alam ini dalam keadaan berdzikir (mengingat dan kembali kepada Rabb yang maha menciptakan), seraya menjadi hamba yang beriman dengan tunduk dan tulus hanya kepada-Nya (secara benar). Yang merupakan kunci sebenar sebuah kebahagian, menuju negeri yang kekal, menggapai nikmat tetinggi yang tidak akan sirna.
Inilah dia, buah karya Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah; Miftah Daaris Sa’adah (Kunci Negeri Kebahagiaan)!