Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah

Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah
Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah
Terbitan: Pustaka Sahifa
Product Code: Pustaka Sahifa
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 28 x 19 x 4

ISBN: 9789791286091
Availability: Out Of Stock
Price: RM72.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah | Judul Asal ('Arab): Dikeluarkan dari kitab asal; Majmu' Al-FatawaPenulis: Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Takhrij/Tahqiq: Amir Al-Jazzar & Anwar Al-Baz | Penerbit: Pustaka Sahifa | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 398m/s.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang tokoh ulama yang begitu besar nama dan keilmuannya dalam dunia Islam. Begitu banyak perkataan para ulama lainnya sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya yang memuji dan mengagumi keilmuan yang ada pada diri Ibnu Taimiyah. Sumbangannya dalam bidang agama sangat tinggi merangkumi persoalan aqidah, manhaj, hadis, tafsir, dan fiqh. Berikut disertakan beberapa perkataan para ulama terkait diri beliau:

Kata Al-Imam Ibnu Daqiq Al-‘Id rahimahullah (Wafat: 702H):

“Menurut aku, beliau rahimahullah adalah seorang lelaki yang seluruh bentuk disiplin ilmu terhampar di hadapannya; dia mampu mengambil dan meninggalkan apa yang diinginkannya.”

Kata Al-Imam Az-Zamlakani rahimahullah:

“Apabila beliau rahimahullah ditanya dalam suatu disiplin ilmu, maka orang yang menyaksikan dan mendengar jawaban beliau akan mengira bahawa beliau hanya menguasai disiplin ilmu itu saja, dan menghukumi bahawa tidak seorang pun yang pengetahuannya luas seperti itu.”

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menceritakan bahawa Ibnu Daqiq Al-‘Id pernah berkata kepada Syaikh Al-Islam rahimahullah di ketika beliau menghadiri majlisnya (majlis ilmu):

“Aku tidak pernah menyangka bahawa Allah ‘Azza wa Jalla masih menciptakan manusia seperti anda ini.”

Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (Wafat:742H) berkata:

“Aku tidak pernah melihat seseorang seperti beliau, dan aku juga tidak pernah melihat orang yang lebih ‘alim daripada beliau tentang Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan tidak ada yang lebih teguh berpegang kepada keduanya daripada beliau.”

Al-Imam Imam Imaduddin Al-Wasithi berkata:

“Demi Allah, demi Allah, dan demi Allah, belum pernah ada di bawah kolong langit ini orang seperti Syaikh kalian, Ibnu Taimiyyah rahimahullah; dari segi ilmu, amal, keperibadian, akhlak, keteguhan di dalam mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kedermawanan, dan kesungguhan dalam membela kebenaran… Kami tidak pernah melihat orang di zaman kita ini yang dari ucapan dan amal perbuatannya terpancar peribadi kenabian Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Sunnah-sunnah beliau kecuali pada orang ini. Hati yang sihat akan mempersaksikan bahawa inilah contoh manusia yang benar-benar mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang hakiki.”

Dan Majmu’ Al-Fatawa (himpunan fatwa-fatwa) beliau ini adalah salah satu bukti lautan ilmu yang terhampar di hati Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Jilid-jilid fatwa ini merupakan sebuah khazanah ulung yang Allah kurniaan buat umat Islam melalui individu bernama Abu Al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdil Halim bin ‘Abdis Salam bin Taimiyyah Al-Harrani Ad-Dimasyqi atau lebih dikenal dengan nama atau gelar Ibnu Taimiyyah. Sehingga ianya segar menjadi rujukan dalam pelbagai lapangan ilmu oleh para ilmuan sezaman dan kontemporari tanpa mengira pegangan mazhabnya.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikan untuk beliau.
 
Dan edisi terbitan/terjemahan ini adalah sebahagian dari juzuk dari sekian banyak jilid fatawa tersebut. Team penerbit (penerjemah) mengambilnya dan mengeluarkannya lalu juzuk ini diterjemah dan diterbitkan secara berasingan. Pada bahagian yang diterbitkan ini memuat pelbagai koleksi fatwa ilmiah beliau dalam persoalan politik, isu-isu pemberontakan dan hukum-hakamnya, golongan yang menyimpang dari kebenaran, mahkamah (pengadilan), dan sebagainya. Ia amat mawar menjadi rujukan semua pihak. Di antara topik dimaksudkan secara bentuk point adalah:
 
1, Khilafah Islamiyah
2, Memerangi Pemberontak
3, Hukum Murtad
4, Pentadbiran sesebuah Negara
5, Sumpah dan Nadzar
6, Makanan Halal dan Haram.

Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net