Judul: Kisah-kisah Dalam Al-Qur’an, Berdasarkan Riwayat-riwayat Sahih & Diperkaya Hikmah di Balik Kisah | Judul Asal (‘Arab): Shahih Qashahil Qur’aan | Penulis/Penyusun: Dr. Hamid Ahmad Ath-Thahir | Syarah/ta’liq: Penulis | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.5kg | Muka Surat: 995m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 3.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-6579-07-2 |
Para ulama menjelaskan bahawa satu per tiga dari kandungan Al-Qur’an terisi dengan kisah-kisah umat terdahulu. Tentunya ada hikmah yang besar di balik hakikat ini; agar umat Islam dapat mengambil pelajaran, hikmah, dan faedah yang banyak, tidak hanya kesimpulan-kesimpulan hukum darinya. Atas alasan ini, Dr. Hamid Ahmad Ath-Thahir, salah seorang ahli ilmu dari bumi Mesir, telah mendedikasikan dirinya untuk menghidangkan sebuah karya berupa buku yang lengkap dan sarat dengan faedah bersumber dari kisah-kisah di dalam Al-Qur’an.
Kisah-kisah di dalam Al-Qur’an adalah kisah-kisah yang telah pasti kebenarannya. Namun, penulis bukan hanya merujuk ayat-ayat, tetapi juga riwayat-riwayat penguat dan penjelas, yakni berdasarkan kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab hadits. Hanya cuma, tidak semua riwayat yang memperjelas dan memperincikan kisah-kisah yang terkandung di dalam Al-Qur’an adalah sahih! Sebahagiannya ada yang bersumberkan riwayat-riwayat isra’iliyyat (riwayat Ahli Kitab) yang perlu diteliti baik-baik dan dipadankan dengan sumber-sumber yang sahih. Adapun sebahagian yang lain yang berkaitan ada pula yang lemah sanadnya, bahkan palsu dan tidak sesuai dipadankan untuk orang-orang soleh semisal para Nabi dan wali.
Dengan demikian, maka buku ini telah diberikan judul oleh penulisnya dengan judul Shahih Qasash Al-Qur’an (edisi asal berbahasa ‘Arab) sebagai penegasan bahawa buku ini adalah buku yang menjelaskan kisah-kisah dan riwayat-riwayat yang sahih sahaja. Penulis telah melakukan penelitian dan klarifikasi seraya menjelaskan mana kisah-kisah yang yang telah jelas sahih dan mana pula kisah-kisah yang tidak sahih (namun popular) berdasarkan disiplin ilmu, dan inilah antara yang menjadi kelebihan utama buku ini.
Di samping itu, buku ini masih memiliki sejumlah kelebihan lainnya seperti:
1, Kisah-kisah yang lengkap dan luas; meliputi bukan hanya kisah para Nabi, tetapi juga kisah-kisah lain dari kisah-kisah umat terdahulu,
2, Buku ini disusun dengan merujuk kepada sekitar 50 kitab-kitab sumber rujukan muktabar yang lainnya.
3, Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami tanpa meninggalkan kedalaman ekplorasi makna dan hikmah, serta pelbagai pelajaran di balik kisah-kisah.
4, Riwayat-riwayat pendukung yang disertakan juga turut mendapat penelitian dan verifikasi yang ketat oleh penulis buku.
5, Penulis melakukan tarjih (pemilihan pendapat yang kuat) bagi hal-hal yang kontroversi dan diperdebatkan di balik sebahagian dari kisah-kisah yang dipaparkan. Namun, pada masa yang sama penulis membiarkan perselisihan pada hal-hal kecil yang tidak mustahak untuk diperdebatkan.
Semoga buku ini dapat menjadi bahan bacaan dan kajian yang bermanfaat buat semua.