al-Qur'an dan as-Sunnah adalah sumber hukum bagi umat Islam. Perkara ini telah diketahui umum secara umum sebagai sumber yang baku bagi umat Islam. Cumanya, untuk terus merujuk kepada dua sumber ini bukanlah suatu yang mudah. Seseorang tidak dapat dengan mudah untuk mengambil sebarang hukum dan kesimpulan dari keduanya tanpa asas-asas prinsip kefahaman yang benar.
Maka, buku ini pun disusun oleh Ibnul Qayyim berkaitan methodologi atau kaedah-kaedah penting dalam mengambil al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai hujjah dan dalil. Agar dengannya, mampu menjadi pedoman buat kita dalam memahaminya. Buku ini adalah di antara buku yang menjadi rujukan utama para ilmuan, para sarjana, penuntut ilmu, dan golongan pengkaji dalam urusan mengeluarkan sesuatu hukum dan kesimpulan syara'.
Secara umum, di antara kandungan buku ini adalah:
Pembahagian ulama, kadar ketaatan kepada penguasa dan ulama, para sahabat Rasulullah adalah mufti terhebat, fatwa-fatwa para tabi'in, bahaya sikap tergesa-gesa dalam berfatwa, pengertian nasikh dan mansukh, empat tingkatan haram, penggunaan kata makruh, siapa yang layak berfatwa, bolehkah bertaqlid, ijtihad dalam urusan aqidah, tertolaknya ra'yu, celaan para ulama terhadap golongan yang memahami dalil dengan akal, kaedah-kaedah qiyas, kisah-kisah para sahabat berkaitan hal-ehwal hukum agama, kesan tauhid, tujuan diutusnya para sahabat ke setiap tempat oleh Rasulullah, perbezaan pendapat di kalangan ulama, istishhab dan pembahagiannya, celaan terhadap sikap emosi, tingkatan ibadah bagi setuap individu, larangan berfatwa tanpa ilmu, larangan para imam mazhab terhadap ta'lid, berfatwa tetapi bertentangan dengan dalil/nash, perubahan dan perbezaan fatwa disebabkan perubahan waktu, tempat, keadaan, dan niat., prinsip Saddudz Dzara'i, mengikuti fatwa para salaf, himpunan contoh pertanyaan, sifat-sifat mufti, bila fatwa dilarang dari dikeluarkan, fatwa-fatwa Rasulullah, dan pelbagai lagi kandungan perbahasan lainnya...
Ia cukup padat bagi mereka yang memiliki semangat dan minat mendalam terhadap perbahasan bagaimana bagi setiap hukum itu terbentuk.