Judul: Kamus Nasihat Para Ulama, Kumpulan 290 Perkataan Salaf | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Muhammad Al-Fatih | Tahqiq dan Takhrij: Penyusun | Penerbit: Zam-zam Mata Air Ilmu | Berat: 271g | Muka Surat: 248 m/s. (Soft Cover) | ISBN: 978-602-8975-07-0 (Cet. 3, 2016)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi itu tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat kedudukan yang sangat besar.” (Sunan Abi Dawud, no. 3641)
Ketahuilah bahawa pelbagai ilmu dan nasihat telah disampaikan oleh para ulama kepada umat ini yang padanya mengandungi nilai-nilai kebaikan yang tiada taranya.
Ucapan mereka singkat, tetapi mengandungi makna mendalam. Keinginan mereka tidak lain kecuali kebaikan buat umat.
Buku ini merangkum sejumlah nasihat para ulama salaf (generasi awal) berkaitan aqidah, ibadah, akhlak, bid’ah, dan mu’amalah. Turut disertakan di dalamnya teks atau matan berbahasa ‘Arab dan rujukan. Buku ini kelihatan kecil namun di dalamnya berisi nasihat-nasihat yang tidak boleh dipandang kecil. Untaian kata-katanya ringkas, namun benar-benar menusuk qalbu.
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dan menjadikannya sebagai bekal motivasi diri.