Judul: Ilmu Rasm & Dhabth, Seluk Beluk Penulisan Tanda Baca Dalam Mushaf Al-Quran | Judul Asal (‘Arab): Adawaatu Al-Dhabthi Qur’aani wa Madlulatihaa | Penulis/Penyusun: Abu ‘Abdittawwab ‘Abdul Majid bin ‘Ali Rayyasy | Tahqiq/Ta’liq: Penyusun | Syarah: Penyusun | Penterjemah: Abu Ya’la Kurnaedi & Team Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 180g | Muka Surat: 50m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 25.4cm (tinggi) x 18.4cm (lebar) x 0.3cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-17-5 |
Al-Qur’an Al-Karim ketika pertama kali dibukukan di zaman sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, keadaannya masih amat sederhana, iaitu ditulis tanpa titik, tanpa harakat, dan tanda baca lain-lain pada huruf-hurufnya. Keadaan seperti ini di samping menyukarkan sebahagian orang dalam membacanya, juga memungkinkan terjadinya pelbagai versi dalam membacanya, dan akan muncul pula pelbagai tafsir dalam memahami atau memaknainya.
Namun, keadaan seperti itu dari waktu ke waktu terus mendapat perhatian dan diberi penyempurnaan seiring dengan tuntutan dan keperluan kaum muslimin seiring dengan keadaannya seperti yang kita lihat pada saat ini.
Buku ini memaparkan tentang ilmu rasm dan dhabth. Rasm adalah tulisan Al-Qur’an yang terdiri dari huruf-huruf hijaiyyah. Manakala dhabth adalah tanda baca seperti harakat, huruf-huruf kecil, tanda wakaf dan hamzah yang ditambahkan dalam mushaf ‘Utsmani.
Penulis membezakan di antara rasm ‘Utsmani asli dan tanda baca tambahan dengan tulisan berwarna merah supaya mudah dikenali bahawa tulisan dengan teks berwarna merah adalah tambahan dari ulama dhabth.
Tanda-tanda baca yang ditambahkan dalam mushaf tersebut memiliki makna dan fungsinya masing-masing sehingga membantu para pembaca dalam membaca Al-Qur’an dengan benar.
Buku ini sangat penting bagi kaum muslimin di Nusantara ini karena merupakan buku pertama yang mengangkat tema ini. Di samping itu, hingga kini belum ada satupun ulama Nusantara yang tampil untuk menekuni ilmu ini.
Semoga bermanfaat.