Judul: Bergembiralah Orang-orang Yang Sabar | Judul Asal (‘Arab): Wa Basysyiru Ash-Shabiriin | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Mushtafa Al-‘Adawi | Tahqiq/Ta’liq: Penulis | Syarah: Penulis | Penterjemah: Umar Mujtahid | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 273g | Muka Surat: 237m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 20.4cm (tinggi) x 14.4cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: 978-602-9531-72-5 |
Dalam Syarh Shahih Muslim ketika Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) mengulas sebuah hadis, beliau berkata:
وأما قوله صلى الله عليه و سلم والصبر ضياء فمعناه الصبر المحبوب في الشرع وهو الصبر على طاعة الله تعالى والصبر عن معصيته والصبر أيضا على النائبات وأنواع المكاره في الدنيا والمراد أن الصبر محمود ولا يزال صاحبه مستضيئا مهتديا مستمرا على الصواب قال ابراهيم الخواص الصبر هو الثبات على الكتاب والسنة وقال بن عطاء الصبر الوقوف مع البلاء بحسن الأدب وقال الاستاذ أبو على الدقاق رحمه الله تعالى حقيقة الصبر أن لا يعترض على المقدور فأما اظهار البلاء لا على وجه الشكوى فلا ينافي الصبر
“Dan adapun sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Sabar adalah cahaya”, maka makna sabar itu adalah:
Sabar dalam mentaati Allah Ta’ala,
Sabar dalam meninggalkan maksiat, juga
Sabar dalam menerima musibah serta ketika menghadapi pelbagai perkara yang dibenci di dunia.
Sesungguhnya sabar itu adalah terpuji, dia akan disinari oleh petunjuk, dan sentiasa di atas kebenaran.
Ibrahim Al-Khawwash berkata, “Sabar adalah dengan tetap teguh di atas Al-Kitab dan As-Sunnah (bagaimana pun keadaannya).”
Berkata Ibn ‘Athaa’, “Sabar adalah menangani balaa’ (musibah dan ujian) dengan cara yang paling baik.”
Dan berkata pula Al-Ustaz Abu ‘Ali Ad-Daqaaq rahimahullahu Ta’ala, “Hakikat sabar adalah tidak menentang apa yang telah ditakdirkan oleh Allah, manakala mengadu kepada Allah terhadap apa yang menimpanya, maka itu tidaklah menafikan sikap sabar.” (Syarh Shahih Muslim, 3/101-1-02)
Marilah kita selami lebih dalam lagi tentang hakikat makna sabar, sifat-sifat sabar, ujian-ujian dan contoh-contoh sabar dalam sejarah tokoh-tokoh kaum muslimin, kesabaran para Nabi dan Rasul, kesabaran tokoh-tokoh besar kaum muslimin dari kalangan para sahabat, tabi’in dan setelah mereka. Selain itu, buku ini juga menjelaskan tentang keutamaan dan pentingnya untuk tetap bersabar walau apa pun keadaannya, serta berita-berita dan khabar gembira itu hanyalah bagi orang-orang yang bersabar.
Semoga bermanfaat.