Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Miftah Daris Sa'adah, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat

Miftah Daris Sa'adah, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Miftah Daris Sa'adah, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15 x 11.8

ISBN: 9786026360120
Availability: In Stock
Price: RM240.00 RM180.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Miftah Daris Sa’adah, Kunci Kebahagiaan Dunia dan Akhirat | Judul Asal (‘Arab): Miftah Daaris Sa’aadah (Kunci Negeri Kebahagiaan (Syurga)) | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh ‘Ali bin Hasan Al-Halabi | Penterjemah: ‘Umar Mujtahid dan Team Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 3.6kg | Muka Surat: 3 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 23.5cm (tinggi) x 15cm (lebar) x 11.8cm (tebal) | ISBN: 978-602-6360-12-0 |


Akhirnya, inilah terjemahan lengkap kitab Miftah Daaris Sa’aadah, yakni kunci-kunci Negeri Kebahagiaan, atau kunci-kunci Syurga! Karya terkenal dan mengkagumkan dari seorang tokoh besar dunia Islam, yakni Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H).

Buku yang dinanti-nantikan oleh sekian penuntut ilmu ini telah tiba. Sebuah buku yang menggabungkan aspek tauhid, manhaj, tazkiyatun nufus, keutamaan ilmu, bantahan terhadap pemuja akal dan sains, hikmah dalam penciptaan dan makhluk, hikmah diciptakan Adam dan diturunkannya ke muka bumi, kajian dari aspek kauni dan syara’ terhadap perjalanan alam, kunci-kunci meraih kebahagiaan, tetapi jiwa, rahsia di balik kejadian, keajaiban dalam penciptaan dan ketetapan Allah, rahsia-rahsia dan tujuan pensyari’atan, sikap pertengahan ahlus sunnah, dan banyak lagi.


Secara garis besarnya, buku ini membahaskan tujuan dan hikmah dari penciptaan manusia dan makhluk-makhluk, tujuan dan cita-cita terbesar yang harus ada pada diri anak keturunan Adam diikuti perenungan terhadap ayat-ayat Allah (baik ayat-ayat syar’i mahupun kauni) sebagai syarat dan jalan meraih kunci-kunci kebahagian hidup sebagai hamba.

Di sela-sela perbahasan buku ini, dalam merungkai tentang tauhid, kebersihan dan luhurnya jiwa, perenungan dan hikmah terhadap ciptaan dan kejadian alam, penulis telah menjabarkan kedetailan perbahasan bukan sahaja terkait penafsiran nash-nash syari’at, tetapi juga terhadap kajian-kajian sains, ilmu-ilmu alam, geografi, astronomi, biologi, kimia, dan yang lainnya diikuti perbincangan terhadap pelbagai pandangan dan pendapat yang muncul dari kajian-kajian sains di ketika itu, semuanya dikupas dari sisi pro dan kontra, dukungan mahupun bantahan.

Bahkan perbahasan yang dijabarkan penulis terbukti melangkaui zaman dan terus relevan menjadi bantahan dan hujahan terhadap pelbagai golongan yang mengingkari Al-Qur’an (kerana mendahulukan akal dan logika), baik dari sudut pendalilan syari’at, sains, pemerhatian, mahupun logika.

Semua ini tidak lain, penulis mengajak kita merenungi alam ini dalam keadaan berdzikir (mengingat dan kembali kepada Rabb yang maha menciptakan), seraya menjadi hamba yang beriman dengan tunduk dan tulus hanya kepada-Nya (secara benar). Yang merupakan kunci sebenar sebuah kebahagian, menuju negeri yang kekal, menggapai nikmat tetinggi yang tidak akan sirna.

Inilah dia, buah karya Al-Imam Ibnul Qayyim Ibnul Qayyim rahimahullah; Miftah Daaris Sa’adah!

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net