Judul: Mengenal Secara Ringkas Asma-ul Husna Berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Team Pustaka Ibnu ‘Umar | Tahqiq/Takhrij: Team Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: Team Pustaka Ibnu ‘Umar | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 62g | Muka Surat: 112m/s. | Ukuran buku: 14.9cm (tinggi) x 10.6cm (lebar) x 0.5cm (tebal) | ISBN: - |
Kemuliaan suatu ilmu tergantung pada perkara yang dipelajari dalam ilmu tersebut. Kerana tidak ada yang lebih mulia daripada Allah Ta’ala, maka mempelajari untuk mengenal-Nya merupakan ilmu yang paling mulia. Allah Ta’ala menamakan diri-Nya dengan nama-nama yang terbaik.
Ahlus Sunnah wal Jama’ah meyakini dan menetapkan bahawa mengenal nama-nama-Nya yang Maha Indah, sifat-sifat-Nya yang Maha Sempurna dan perbutan-perbuatan-Nya yang Maha Terpuji, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih dari Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam.
Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:
“Semakin bertambah pengetahuan seorang hamba tentang Allah, maka semakin bertambah pula rasa takut dan pengagungan hamba tersebut kepada-Nya, yang dengan ilmu ini akan mewariskan rasa malu, pengagungan, pemuliaan, serta sentiasa merasa diawasi oleh Allah Ta’ala yang seterusnya akan menumbuhkan kecintaan, tawakkal, sentiasa ber-inabah, serta redha dan tunduk kepada perintah-Nya.”
Dan pihak penerbit (Pustaka Ibnu ‘Umar) dengan izin Allah telah menerbitkan buku bersaiz poket yang mudah, ringkas dan tuntas dalam menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mulia, yang insya Allah dapat membantu dalam proses mengenal tentang Allah bersesuaian aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Semoga bermanfaat.