Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid)

Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid)
Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid) Zadul Ma'ad Bekal Perjalanan Akhirat karya Ibnul Qayyim (Lengkap 7 Jilid)
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu (10(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 16.8 x 22 x 25.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM400.00 RM350.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Zaadul Maad Bekal, Perjalanan Akhirat | Judul Asal: Zaadul Maaad fi hadyi khairil ibad | Penulis/Syarah: Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh Syu’aib Al-Arnauth | Penerbit: Griya Ilmu | Berat:6.35kg | Muka Surat: 7 Jilid lengkap. (Hard cover) | ISBN: 979-24-0903-3


Kitab Zaadul Ma’ad ini adalah hasil karya Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (Wafat: 751H). Ia ditulis oleh Ibnul Qayyim ketika sedang bermusafir sambil duduk atau menunggung di atas untanya.

Kini kitab ini adalah berdasarkan manuskrip asal semakkan dan penelitian oleh Syaikh Syu’aib Al-Arnauth dan ‘Abdul Qadir Al-Arnauth. Alhamdulillah, kini ia telah lengkap diterjemahkan menjadi 7 jilid kesemuanya.

Secara garis besarnya, melalui kitab ini, fokus penulis (Ibnul Qayyim) adalah membentangkan Sirah kehidupan dan perjalanan dakwah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Namun yang uniknya bagi kitab Zadul Maad ini, penulis turut menyertakan hasil galian dan hikmah perbahasan ‘aqidah, hadis, dan fiqh yang sangat bermanfaat di sela-sela penjelasan kisah-kisah Sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut.

Di antara rangkuman faedah yang dapat dituai darinya adalah semisal sejarah dan maklumat ketika penurunan wahyu (pensyari’atan), persoalan iman dan tauhid, perbahasan thaharah (bersuci), kepelbagaian permasalahan terkait persoalan solat, pelbagai isu-isu ibadah (seperti puasa, haji, zakat, i’tikaf, zikir), pengurusan jenazah dan ziarah kubur, persoalan wanita, pernikahan dan kekeluargaan, mu’amalah terhadap orang-orang kafir, jihad dan adab-adab ketika safar, kisah-kisah peperangan beliau, adab-adab seorang muslim dalam pelbagai keadaan, persoalan sihir dan ruqyah, perbahasan terkait perubatan Nabi sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis (Thibbun Nabawi), dan pelbagai lagi yang lainnya di mana di dalamnya terhimpun pelbagai faedah ilmu agama yang sangat bermanfaat.

Memiliki dan membaca kitab ini adalah suatu perkara yang sangat berfaedah bagi setiap Muslim. Kerana, para pembaca akan menemui pelbagai hikmah dan faedah penting yang amat bermanfaat bagi setiap insan, yang berupa petunjuk kenabian dari seorang tokoh ikutan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang mungkin tidak diperolehi oleh para pembaca dari buku-buku lainnya secara terperinci. Buku ini membahaskan persoalan sejarah (sirah), fiqh, hadis dan ‘aqidah dalam satu waktu yang sama, dalam sebuah rangkaian buku yang cukup unik.

Sebahagian nukilan mukaddimah pentahqiq:

“Di antara perkara yang tidak diperselisihkan di kalangan kaum muslimin adalah bahawa Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah penutup para nabi, imam para rasul, dan hujjah Allah atas semua ciptaan-Nya. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutusnya membawa agama yang sempurna serta jalan yang lurus, dan menjadikan risalahnya menyeluruh untuk seluruh manusia sampai hari akhirat.

Allah menegakkan dengannya millah yang menyimpang, membuka dengan petunjuknya mata-mata yang buta, telinga-telinga yang tuli, dan hati-hati yang terkunci. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi petunjuk dengannya manusia yang tersesat kepada laluan yang sempurna, jalan yang terang, dan manhaj yang baik.

Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan kepada para hamba agar mentaati, menghormati, dan mencintainya. Meneladani petunjuk serta mengikuti sunnahnya. Lalu kemudian, kekuatan, kemenangan, kekuasaan, dan keutuhan di muka bumi ditetapkan bagi mereka yang mengikuti petunjuknya serta menapaki langkahnya. Kemudian kehinaan, kerendahan, pengabaian, kesengsaraan, kelemahan, dan kehinaan ditetapkan bagi mereka yang menyelisihi urusannya serta menderhakainya.

Sesungguhnya ma’rifat (pengetahuan) peribadatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan pengamalan agama yang diturunkan-Nya untuk kemaslahatan para hamba di dunia dan akhirat, adalah sangat bergantung kepada pengetahuan Rasulullah Shallallahu ‘alaih wa Sallam. Demikian cara pengamalannya, di mana beliau menjelaskan padanya syari’at Allah Subhanahu wa Ta’ala sejak awal wahyu turun kepadanya hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala menyempurnakan agama ini.

Sementara itu, kitab-kitab Sunnah, Maghazi (peperangan), sejarah, dan Syama’il (keperibadian), telah memuatkan perkataan-perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, perbuatan, dan sifat-sifatnya, sejak awal pertumbuhannya hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala memilihnya untuk kembali kepada-Nya. Terutama sekali masa-masa beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaksanakan risalah, tidak satu pun perkara dan urusannya sama ada kecil ataupun besar, melainkan telah dirangkum oleh kitab-kitab dalam kelas tersebut.

Sampailah kita akan dapati di dalam kitab-kitab tersebut sifat-sifat beliau saat berdiri, duduk, bangkit atau bangun dari tidur, serta keadaannya saat tertawa atau tersenyum. Ibadah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tatkala malam ataupun siang, kemudian apa yang beliau pakai, bagaimana saat beliau berbicara, saat bertemu manusia, warna apa kegemaran beliau, serta apa hiasan dan keperibadian beliau.

Tidak berlebihan apabila kami katakan bahawa sesungguhnya tidak ada di dunia ini seorang manusia sempurna, diulas oleh sejarah tentang perjalanan hidupnya secara terperinci, sebagaimana diulasnya kehidupan Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, penutup para Nabi.

Kemudian, di antara kitab yang paling lengkap dalam bidang ini adalah kitab Zaadul Ma’ad fi Hadyi Khairil ‘Ibad, karya Al-Imam Ibnul Qayyim. Seorang penulis yang cerdas, memiliki ilmu yang luas, pandangan yang tajam, sangat manpan penguasaan ilmu-ilmu Islam sama ada ushul-ushulnya mahupun cabang-cabangnya secara terperinci mahupun garis umum.

Beliau rahimahullah telah merangkum melalui kitabnya ini, petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam urusan-urusannya yang umum mahupun yang khusus. Ibnul Qayyim membahas secara lengkap fasa-fasa kehidupan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, peristiwa-peristiwa yang mengiringinya, dan perkara-perkara yang patut bagi setiap muslim untuk menelitinya baik-baik dan memahami persoalannya. Sama seperti kebiasaan penulis (Ibnul Qayyim) di setiap karyanya, beliau menampilkan karekteristik khusus berupa kualiti dan kesempurnaan; merangkum kandungan perbahasan dari setiap sisi dan tidak meninggalkan ruang bagi para pembahas setelahnya untuk mengatakan sesuatu.

Setiap orang yang membaca karya-karya Ibnul Qayyim dengan teliti dan penuh kepekaan, nescaya dia akan mengetahui dengan sebenar-benarnya bahawa beliau rahimahullah telah mengumpulkan ilmu-ilmu Al-Qur’an dan As-Sunnah, menguasai perkataan-perkataan salaf (ulama terdahulu), pendapat-pendapat mazhab, dan hujah-hujah mereka, sama ada dari segi hafalan ataupun pemahaman. Di mana kita tidak mengetahui yang sepertinya pada kebanyakan ulama sebelumnya mahupun yang datang sesudahnya.

Beliau sangat berkomitmen besar terhadap hadis-hadis yang terbukti sahih berasal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Berpegang teguh padanya dan mengamalkan segala indikasi serta kesan hasilnya. Lalu mencampakkan apa-apa yang selainnya (yang bertentangan). Beliau tidak mahu berpegang pada perkataan seseorang, tidak peduli siapapun dia, selama perkataan tersebut menyelisihi hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atau orang tersebut mentakwilkan hadis bukan sebagaimana maksudnya. Walaupun beliau banyak menelusuri jalan gurunya, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah, banyak mengambil ijtihad-ijtihad Ibnu Taimiyah, namun beliau (Ibnul Qayyim) lebih lembut dan toleransi terhadap orang-orang yang menyelisihinya.

Dan di antara hal yang menakjubkan tentang beliau dan kitab ini (Zaadul Ma’ad), adalah bahawa beliau menulis kitabnya ini ketika sedang safar (dalam suatu perjalanan). Tidak ada di sisinya rujukan-rujukan tempat untuk menukil apa-apa yang diperlukan, sama ada berita-berita mahupun atsar-atsar yang berkaitan dengan tema yang beliau bahaskan (di buku beliau ini). Walaupun demikian, menjadi suatu yang amat mengkagumkan adalah beliau telah memuatkan di dalamnya sejumlah besar hadis-hadis (sama ada berupa perkataan mahupun perbuatan) berkaitan dengan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang mana hadis-hadis tersebut tersebar di kitab-kitab Shahih, Sunan, Musnad, Mu’jam, dan Siyar. Beliau rahimahullah mencantumkan setiap hadis pada tema yang menjadi kekhususannya.

Semua ini merupakan bukti akan keluasan ilmunya, bagusnya hafalan beliau, dan ketajaman pandangannya. Mungkin kehairanan ini akan segera terungkap jika berita-berita yang sampai kepada kita terbukti benar, di mana Ibnul Qayyim memang menghafal Musnad Imam Ahmad yang memuatkan lebih dari 300 ribu hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Kitab yang berada di tangan pembaca saat ini sebelumnya telah dicetak berulang-kali. Akan tetapi pada setiap cetakan itu ia tidaklah mendapat apa yang semestinya berupa tahqiq (penelitian), ralat, dan pemilahan. Maka banyak di sana tampil dengan beberapa bentuk kekeliruan, kesalahan nashkah, perubahan, dan penyimpangan makna. Bahkan tidak dicetak dengan baik serta tidak diberi perhatian terhadap teks-teks hadisnya agar dijelaskan antara yang sahih dengan tidaknya.

Maka, semua ini telah mendorong pihak penerbit menawarkan pentahqiqan (penelitian, semakkan dan pencetakkan) semula terhadap kitab tersebut (dari manuskrip-manuskripnya yang asal). Lalu menyebarkannya secara segar (sahih), sesuai kaedah-kaedah ilmiyah yang telah baku dalam sesebuah penelitian. Ketika pilihan tersebut jatuh pada kami (Syua’ib dan ‘Abdul Qadir Al-Arnauth), maka kami pun menyambutnya dengan senang hati seraya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memberi taufiq kepada kami untuk mempersembahkan dengan baik sehingga semakin menambah keindahan penampilan, dan menjamin kebenaran kandungannya. Sesungguhnya Dia bersama orang-orang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat baik.

Syaikh Syu’aib Al-Arnauth & ‘Abdul Qadir Al-Arnauth,

25 Rabi’ul Awwal, 1399H / 22 Februari, 1979M.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net