Judul: Bidayatul Mujtahid, Referensi Lengkap Fikih Perbandingan Madzhab | Judul Asal (‘Arab): Bidayatul Mujtahid wa Nihayatil Muqtashid | Penulis/Penyusun: Ibnu Rusyd | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Shalah Uwaidhah | Penterjemah: Al-Mas’udah | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 2.45kg | Muka Surat: 2 Jilid Lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24.4 cm (tinggi) x 16.3 cm (lebar) x 8.4 cm (tebal) | ISBN: 978-979-5927-56-3 |
Judul asal buku ini, “Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid”, iaitu Permulaan Seorang Mujtahid dan Pengakhiran Orang yang Teliti.
Judul yang sederhana ini bertepatan dengan kandungannya. Penyusun, iaitu Ibnu Rusyd rahimahullah (Wafat: 595H) mengemukakan pendapat-pendapat dan kesimpulan para imam mujtahid atau para imam mazhab dalam hal-hal fiqh serta ketelitian mereka dalam memahami dalil-dalil. Ia adalah langkah awal bagi sesesorang penuntut ilmu sebelum pergi lebih jauh menyelam ke dalam samudera fiqh dan perbandingan mazhab. Penyusun mengajak para pembaca meneliti perbezaan pandangan dalam kalangan mazhab-mazhab fiqh, sebab-sebabnya, dan kesimpulannya.
Kitab ini tidaklah terlalu meleret-leret sehingga menjadi berat dan lelah untuk difahami. Sebaliknya ia lebih sederhana dan mudah difahami oleh para penuntut ilmu. Disajikan secara tuntas dan santai dengan mengambil jalan tengah antara yang meremehkan dan yang memperincikan dengan begitu dalam.
Ibnu Rusyd berkata tentang kitabnya ini:
“Sesungguhnya tujuanku di dalam menyusun kitab ini adalah menetapkan apa yang terkandung di dalamnya bagi diriku dalam rangka mengingatkan aku dari masalah-masalah hukum yang disepakati atasnya. Demikian juga dengan hukum-hukum yang diperselisihkan lengkap dengan dlail-dalilnya, sekaligus memberikan peringatan terhadap poin-poin yang diperbincangkan padanya sebagai sesuatu yang menempati tempat ushul (pokok-pokok) dan kaedah-kaedah.
Semoga perkara ini dapat membantu para mujtahid dalam menjawab beberapa persoalan dan permasalahan yang tidak didapatkan jawabannya atasnya di dalam syari’at. Sebahagian besar masalah ini adalah berkisar tentang masalah-masalah yang telah ditetapkan hukumnya di dalam syara’, atau berhubungan dekat dengan sesuatu yang telah dinyatakan hukumnya, iaitu tentang masalah yang telah disepakati jawaban atasnya, atau yang mungkin sudah dikenal bahawa masalah ini memiliki perbezaan pendapat padanya di antara para fuqaha’ kaum muslimin dari bermulanya masa sahabat hingga masa di mana telah merebaknya gejala taqlid.”
Selain penjelasan tentang ijma’ (kesepakatan) dalam kalangan imam-imam fiqh, methode dan corak penyampaian buku ini turut difokuskan kepada himpunan kepelbagaian pendapat ulama dalam bidang fiqh sekaligus fiqh perbandingan mazhab serta pendapat. Antara lain yang dibahaskan adalah sebab-sebab terjadinya perbezaan pendapat di antara mazhab dalam satu-satu bab tertentu yang dibincangkannya. Penulis turut mengemukakan dalil-dalil yang menjadi hujah bagi setiap mazhab yang dikemukakan serta letaknya titik yang yang menjadi perbezaan. Perbahasan yang asalnya panjang dan terdapat dalam kitab-kitab fiqh besar berjilid-jilid tebal yang sudah tentu akan melelahkan bagi mereka yang berhasrat menyemaknya satu per satu, tetapi dengan adanya kitab seperti Bidayatul Mujtahid ini, ia telah banyak membantu dan memudahkan kerja-kerja para ilmuan terkemudian termasuk para penuntut ilmu dalam membuat perkiraan, perhitungan, dan panduan melakukan rujukan mahupun semakkan.
Buku ini adalah antara buku terbaik yang membahaskan fiqh perbandingan mazhab dalam bidangnya. Di samping disampaikan secara ringkas dan tuntas, ia juga mudah untuk difahami. Malah pada hari ini, sebahagian pusat-pusat pengajian dan universiti menggunakan kitab Bidayatul Mujtahid ini sebagai salah satu rangka utama silibus pembelajaran fiqh perbandingan untuk para pelajar mereka.
Alhamdulillah, kini kitab ini telah pun siap diterjemahkan menjadi dua jilid lengkap. Isi kandungannya (untuk jilid pertama dan kedua) memuatkan sekitar persoalan Thaharah (bersuci), Wudhu’, Tayammum, Bab Air, Bab Mandi, Bab Najis, Haid, Kitab Solat, Solat Juma'at, Solat orang sakit, Solat-solat Sunnah, Jenazah, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Musafir, Kitab Haji, Persoalan Jihad, Sumpah dan kaffarah, Nadzar, Korban dan Aqiqah, Sembelihan haiwan, Kitab Makanan dan buruan, kitab nikah, kitab talak, kitab sumpah dan nadzar, kitab mata wang, kitab jual beli, kitab murabahah, kitab sewa, syirkah, syuf'ah, gadaian, hukum barang temuan, hibah/hadiah, wasiat, hukum fara'id, hudud, dan seterunya beberapa yang lain.
Selain itu, bagi edisi ini, ia turut dilengkapi dengan takhrij dan rujukan hadis pada nota kakinya. Ini bagi memudahkan para pembaca membuat semakkan dan merasa yakin terhadap apa-apa yang disampaikan di dalamnya terutamanya pada bahagian pembentangan dan rujukan hadis-hadis yang dikemukakan.