Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kamus Al-Qur'an (Al-Mufrodat fi Ghoribil Quran karya Ar-Raghib Al-Asfahani)

Kamus Al-Qur'an (Al-Mufrodat fi Ghoribil Quran karya Ar-Raghib Al-Asfahani)
Kamus Al-Qur'an (Al-Mufrodat fi Ghoribil Quran karya Ar-Raghib Al-Asfahani) Kamus Al-Qur'an (Al-Mufrodat fi Ghoribil Quran karya Ar-Raghib Al-Asfahani) Kamus Al-Qur'an (Al-Mufrodat fi Ghoribil Quran karya Ar-Raghib Al-Asfahani)
Terbitan: Khazanah Fawaid
Product Code: Khazanah Fawaid
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 17.8 x 12.6

ISBN: 9786027412460
Availability: In Stock
Price: RM360.00 RM325.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kamus Al-Qur’an, Penjelasan Lengkap Makna Kosakata Asing Dalam Al-Qur’an | Judul Asal (‘Arab): Al-Mufrodaat fi Ghoriibil Qur’aan | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Husain bin Muhhammad Ar-Raghib Al-Asfahani rahimahullah (Wafat: 502H) | Tahqiq/Takhrij: Team Penerbit dan Penterjemah | Penterjemah: Ahmad Zaini Dahlan | Penerbit: Pustaka Khazanah Fawa’id | Berat: 4.5kg | Muka Surat: 803m/s. x 3 Jilid (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 17.8cm (lebar) x 12.6cm (tebal) | ISBN:  978-602-74124-6-0 |


Di antara perkara pertama yang amat diperlukan dalam mempelajari ilmu-ilmu Al-Qur’an serta memahaminya dengan baik adalah mengetahui ilmu terkait lafaz-lafaz Al-Qur’an (Al-‘Ulum Al-Lafzhiyyah). Dan di antara ilmu lafaz Al-Qur’an adalah dengan memerhatikan dan menguasai perbendaharaan lafaz-lafaznya (Al-Fazh Al-Mufrodaat) sehingga mampu menghasilkan makna-makna mufrodat (kosa-kata) lafaz Al-Qur’an, khasnya bagi mereka yang ingin mengetahui maknanya bermula dari metode paling asas.

Mengetahui dan menguasai perbendaharaan lafaz Al-Qur’an bukan hanya bermanfaat dalam ilmu Al-Qur’an, tetapi ia juga bermanfaat dalam setiap cabang ilmu-ilmu syari’at, kerana lafaz Al-Qur’an adalah sumber dan intipati kalam ‘Arab. Penguasaan terhadap lafaz-lafaz Al-Qur’an merupakan perantara dan kemuliaan baginya, dan lafaz-lafaz Al-Qur’an adalah pegangan dasar yang menjadi landasan para ulama tafsir, para fuqaha’ (ulama fiqh) serta para ilmuan Islam secara umum dalam menentukan hukum-hukum dan hikmahnya. Sebagaimana lafaz Al-Qur’an juga merupakan rujukan dan pegangan dasar para ahli sya’ir, sastera, dan ahli bahasa.

Kitab ini adalah merupakan terjemahan berharga dari karya Al-Imam Ar-Raghib Al-Asfahaani rahimahullah yang berjudul Al-Mufrodaat fi Ghoribil Qur’aan (lafaz-lafaz dan kosa-kata asing dalam Al-Qur’an). Ia menghimpun sejumlah besar lafaz-lafaz penting di dalam Al-Qur’an lalu diikuti penjelasan makna-maknanya, huraian makna dan kata, contoh penggunaan dari konteks bahasa ‘Arab, serta penjelasan kedudukan serta penggunaannya di dalam Al-Qur’an.

Selain itu, kitab ini juga termasuk salah satu kamus khas terkait lafaz-lafaz, kalimat dan kosa-kata Al-Qur’an yang sangat penting dan bermanfaat. Amat baik dijadikan sebagai salah satu kamus rujukan dan pedoman dalam memahami lafaz-lafaz yang terkandung di dalam Al-Qur’an.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net