Judul: Bangsa Romawi dan Perang Akhir Zaman | Judul Asal (‘Arab): Ghulibat Ar-Ruum Dzat Al-Qurun | Penulis/Penyusun: Manshur ‘Abdul Hakim | Tahqiq/Takhrij/Syarah: Penulis | Penterjemah: Mastrui Irham dan Mujiburrahman | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 335g | Muka Surat: 266m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 27.6cm (tinggi) x 18.9cm (lebar) x 1.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-592-767-9 |
Kerajaan Rom adalah sebuah empayar besar yang menjadi kekuatan super power dunia pada masanya. Bangsa Rom dikenal dalam sejarah-sejarah peradaban, keilmuan, dan peninggalan-peninggalannya yang menjadi warisan dunia. Kerana itu, tidak hairan jika Al-Quran dan hadis-hadis Nabi Shallahu ‘alaihi wa Sallam turut menyinggung keberadaan bangsa ini. Bahkan, termasuk sebahagian dari tanda kenabian menyatakan bahawa pada masanya umat islam akan mengalahkan kuasa besar bangsa ini.
Buku ini membahas tentang bangsa Rom, dan menyingkap keterkaitannya dengan umat Islam, dan kaitannya dengan peristiwa Akhir Zaman. Melalui penelitian dan penjelasan penulisnya, pembaca diajak untuk mengenal sejarah dan peradaban Bangsa Rom, pertikaiannya dengan umat Islam, dan keterkaitannya dalam konteks masa kini.
Pembaca akan diajak untuk memahami susur-galur dan siapa orang-orang Rom sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur’an di surah Ar-Rum, hadis- hadis Nabi yang sahih, dan atsar para sahabat. Adakah orang-orang Eropah yang ada pada saat ini boleh dikatakan sebagai sebahagian dari bangsa Rom? Adakah Banu Al-Ashfar (Bangsa Kuning) sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi, adalah bangsa Rusia dan Cina, yang hari ini juga terlibat dalam sejumlah konflik dengan umat Islam? Apa kaitannya dengan peristiwa Akhir Zaman yang akan terjadi di negeri Syam? Buku ini akan menjawab pertanyaan-pertanyaan itu semua, insyaAllah.
Semoga bermanfaat.