Judul: Fiqih Makanan, Hukum-hukum Seputar Makanan, Haiwan Buruan dan Sembelihan | Judul Asal (‘Arab): Al-Ath’imah wa Ahkaamu Ash-Shaid wa Adz-Dzabaih | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: M. Arvan Amal | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 565g | Muka Surat: 292m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.3cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-2409-35-2 |
Terdapat ungkapan mengatakan, “Siapa anda adalah apa yang anda makan.” Ada juga yang mengatakan, “Anda adalah apa yang anda makan...”
Makanan termasuk perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia sepanjang masa, sehingga ia dibicarakan oleh setiap orang dalam pelbagai keadaannya. Sejumlah dari jenis-jenis makanan sangat dianjurkan untuk diambil, sedangkan sejumlah yang lainnya ada yang diawasi dan diberi amaran akan kadar pengambilannya, sama ada kerana masalah kesihatan ataupun disebabkan perkara agama.
Dalam Islam, pengambilan makanan bagi seorang Muslim tidak hanya perlu baik menurut standard kebersihan atau kesihatan (thayyib), tetapi juga harus baik kandungannya, kehalalannya dan benar cara mendapatkannya sekaligus. Selain menjadi prasyarat makanan bagi seorang Muslim berupa baiknya kandungan, ia juga dituntut mesti makanan yang halal, halal dari sisi kandungan dan cara mendapatkannya.
Namun, perkara kehalanan atau keharaman makanan diikuti baiknya makanan secara syar’i ini belum benar-benar difahami oleh sekian ramai orang. Dengan itu, kehadiran buku ini sangat bermanfaat dalam memenuhi keperluan tersebut, yakni membantu dan membimbing masyarakat untuk memahami hal tersebut.
Buku ini menghimpunkan perbahasan asas tentang makanan dari sisi syara’; dari makna makanan, pembahagian makanan (tumbuhan, haiwan, lautan dan daratan... dll), halal haram dalam makanan dan kaedah memahaminya, hukum dan hal-hal yang terkait dengan haiwan buruan, makna dan perbahasan tentang sembelihan, perbahasan tentang bangkai, perbahasan tentang babi dan hikmah larangannya, hukum memakan makanan yang diharamkan dalam keadaan darurat dan kadarnya, dan ditutup dengan pelbagai hikmah dan kemurahan syari’at dalam penjagaan terhadap manusia.
Semoga bermanfaat.