Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka

Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka
Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka
Terbitan: Granada Mediatama (GMT)
Product Code: GMT
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 13.9 x 1.9

ISBN: 9789793693200
Availability: In Stock
Price: RM36.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Indahnya Surga, Dahsyatnya Neraka | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Abu Fatiah Al-Adnani | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Granada Mediatama (GMT) | Berat: 268g | Muka Surat: 298m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 13.9cm (lebar) x 1.9cm (tebal) | ISBN:  978-979-3693-20-0 |


Berita dan kisah-kisah keindahan syurga adalah terapi yang meredakan kegundahan hati, melegakan kelelahan terhadap kesibukan dunia. Mengejutkan kita dari kelalaian pesona dunia.

Membacanya membuat hati merasa tenang, sayu, dan terdorong untuk menikmatinya. Bagai ada aroma menyegarkan menyirami hati. Saat membaca khabar-khabar wahyu tentangnya membuat hilang keluh dan kesah, terubat pula letih dan kusut di dalam jiwa.

Pernahkah kita melewati hadis ini?

Dari sebuah hadis dari sahabat Nabi Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

يُؤْتَى بِأَنْعَمِ أَهْلِ الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فَيُصْبَغُ فِي النَّارِ صَبْغَةً، ثُمَّ يُقَالُ: يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ خَيْرًا قَطُّ؟ هَلْ مَرَّ بِكَ نَعِيمٌ قَطُّ؟ فَيَقُولُ: لَا، وَاللهِ يَا رَبِّ وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا، مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ، فَيُقَالُ لَهُ: يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطُّ؟ هَلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ؟ فَيَقُولُ: لَا، وَاللهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ، وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ

“Akan didatangkan penduduk Neraka pada hari Kiamat nanti, dari kalangan orang-orang yang paling nikmat hidupnya ketika di dunia. Lalu dia dicelupkan ke dalam Neraka dengan sekali celupan, kemudian ditanyakan padanya:

“Wahai anak Adam, pernahkan engkau melihat kebaikan (sebelum ini)? Adakah engkau pernah merasakan kenikmatan (sebelum ini)?”

Maka dia pun menjawab, “Tidak, demi Allah wahai Rabb.”

Kemudian didatangkan pula dari kalangan penduduk Syurga yang merupakan seorang manusia yang paling derita kehidupannya ketika di dunia. Lalu dia dicelupkan ke dalam Syurga dengan sekali celupan dan ditanyakan padanya:

“Wahai anak Adam, pernahkan engkau melihat penderitaan (sebelum ini)? Pernahkah engkau merasakan kesusahan (sebelum ini)?

Maka dia pun menjawab, “Tidak, demi Allah wahai Rabb. Tidaklah aku pernah merasakan penderitaan sebelum ini. Dan aku juga tidak pernah melihat kesusahan sedikit pun.”.” (Shahih Muslim, no. 2807)

Demikianlah... Ketika seorang hamba mengecapi walau sekelumit celupan atau aroma dari Syurga, sudah menjadikan seorang hamba itu lali dan lupa terhadap pelbagai keperitannya tatkala di dunia!

Dengan mengetahui perkhabaran dan gambaran tentang keindahan-keindahan Syurga pasti akan melahirkan jiwa yang positif dan rasa suka, seraya memotivasikan kita dalam beramal soleh secara benar. Membuahkan keimanan dan rasa cinta.

Manakala dengan mengetahui perkahabaran dan gambaran tentang kengerian serta kedahsyatan Neraka pasti akan membuatkan kita merasa takut seraya menjadikan kita untuk sedaya-upaya menjauhinya. Khabar-khabar ini sekaligus akan membantu kita dalam mendidik diri untuk menjauhi hal-hal yang dapat menjadikan kita terancam ke sana.

Buku ini menyajikan kepada kita perkhabaran-perkhabaran sahih tentang Syurga dan Neraka, disusun berdasarkan dalil-dalil Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yag sahih.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net