Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Unggulnya Seorang 'Alim Quraish, Al-Imam Asy-Syafi'i

Unggulnya Seorang 'Alim Quraish, Al-Imam Asy-Syafi'i
Unggulnya Seorang 'Alim Quraish, Al-Imam Asy-Syafi'i Unggulnya Seorang 'Alim Quraish, Al-Imam Asy-Syafi'i Unggulnya Seorang 'Alim Quraish, Al-Imam Asy-Syafi'i Unggulnya Seorang 'Alim Quraish, Al-Imam Asy-Syafi'i
Terbitan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Product Code: JAKIM
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 22.6 x 15 x 2.3

ISBN: 9789830424927
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Unggulnya Seorang ‘Alim Quraish, Abu ‘Abdillah Muhammad bin Idris Al-Muttalibi Al-Shafi’i | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Dr. Mat Saad Abdul Rahman | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: - | Penerbit: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Berat: 638g | Muka Surat: 420 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 22.6 cm (tinggi) x 15.0 cm (lebar) x 2.3 cm (tebal) | ISBN:  978-983-0424-92-7 |


Al-Imam Al-Shafi’i merupakan satu nama besar yang tidak asing dalam kalangan umat Islam di serata dunia. Mazhab yang dipeloporinya menjadi ikutan sebilangan besar penduduk Islam di merata tempat, termasuklah jutaan umat Islam yang mendiami rantau Asia ini seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain.

Tujuan Penulisan

Biarpun Imam Al-Shafi’i merupakan nama besar, masyhur dan tersohor, tetapi tidak semua orang mengenalinya secara dekat menerusi detik-detik hidup yang dilaluinya. Tidak semua orang tahu tentang kebolehannya dalam pelbagai bidang ilmu serta kemahirannya dalam seni al-furusiyyah dan memanah. Tidak semua orang tahu tentang sejumlah besar sumbangan penulisannya dalam pelbagai bidang yang diwariskannya kepada umat Islam. Justeru penulisan ini bertujuan, antaranya:

1, Menyingkap sejarah hidup yang dilaluinya satu persatu sehingga sampai ke saat kewafatannya;

2, Menyingkap siri penjelajahan pengajian dan perguruannya;

3, Menyingkap sejarah hidup sebahagian para sahabat dan muridnya yang menjadi kader-kader penyebar aliran mazhab yang dibawanya;

4, Mendedahkan pemikirannya dalam pelbagai bidang ilmu berdasarkan karya tulis ilmiyah yang dihasilkannya;

5, Memapar dan menganalisa sebahagian hasil penulisannya dengan tujuan mendedahkan keintelektualannya dalam sesuatu bidang;

6, Menyorot sebahagian pengiktirafan ulama’ terhadap peribadi, kedudukan, ketokohan, kepakaran dan penulisannya dalam berbagai-bagai bidang ilmu;

7, Mengetengahkan pengaruh mazhabnya di negara ini dalam pelbagai bidang; politik, ekonomi, pendidikan, sosio-budaya dan lain-lain. Tetapi tujuan akhir ini, Insya-Allah akan di paparkan dalam penulisan berikutnya.

Rasional Penulisan

Seorang ilmuan yang begitu hebat karismanya, tentulah peri hidupnya wajar menjadi contoh atau teladan kepada kita semua, khususnya generasi muda yang sedang membina masa hadapan mereka atau yang sedang berada di mana-mana pusat pengajian sama ada tinggi ataupun rendah. Maka penulisan ini mempunyai signifikannya yang tersendiri.

Penulisan ini juga merupakan sebuah karya penyelidikan dalam memperkenalkan kewibawaan Imam Al-Shafi’i dari sudut keintelektualannya kepada masyarakat kini kerana ke-‘alimannya dalam pelbagai bidang ilmu yang dianggap sebagai satu cabaran kepada ilmuan sekarang yang rata-rata hanya berupaya menguasai satu bidang ilmu sahaja dalam satu kelompok yang besar.

Selain mengupas sejarah hidup Imam Al-Shafi’i dan sudut-sudut yang dilaluinya, ia juga bertujuan memperkenalkan sejumlah besar hasil karyanya, yang sebahagiannya belum lagi diketahui oleh masyarakat umum. Masyarakat mengenali kitab-kitab semisal Al-Risalah, dan Al-Umm, tetapi di samping kitab tersebut, masih ada lagi beberapa buah kitab lain yang pernah dihasilkannya. Tentu kedudukan ini memerlukan satu kajian, penyelidikan dan pendedahan yang lebih mendalam.

Akhirnya, penulisan ini juga bertujuan meninjau secara khusus beberapa pendapat tokoh ini dalam bidang Ilmu Usul, Fiqh dan ilmu-ilmu yang lain.

Penulisan Terdahulu

Imam Al-Shafi’i adalah antara sebilangan tokoh besar yang mendapat liputan yang begitu banyak dan meluas daripada para ulama’ sesudahnya. Mereka berusaha menyelami sejarah hidup beliau, liku-liku yang dilaluinya, kegigihan dan pengorbanannya dalam usaha mendapatkan Ilmu Allah dan menyebarnya menerusi aliran mazhab yang dikenali dengan namanya, iaitu Mazhab Al-Shafi’i.

Selamat menela’ah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net