Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Indahnya Cinta Kerana Allah

Indahnya Cinta Kerana Allah
Terbitan: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Product Code: Pustaka Imam ADz-Dzahabi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15.5 x 0.8

ISBN: 9789791522618
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Indahnya Cinta Kerana Allah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Ummu Ihsan & Abu Ihsan Al-Atsary | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Adz-Dzahabi | Berat: 239g | Muka Surat: 172m/s (Soft cover) | Ukuran buku: 23.5 cm (tinggi) x 15.5 cm (lebar) x 0.8 cm (tebal) | ISBN:  978-979-1522-61-8 |


Cinta kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kelestarian sesebuah persahabatan dan persaudaraan sesama muslim. Bukan hanya di dunia, bahkan cinta kerana Allah Ta’ala akan melestarikan perhubunggan sehingga ke Syurga.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

“Teman-teman dekat pada hari itu (yakni hari Kiamat) saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa.” (Surah Az-Zukhruf, 43: 67)

Hubungan apa pun yang dibina tidak di atas dasar cinta kerana Allah, maka ia adalah semu, memperdaya, dan hanya bertahan sekadar di dunia semata. Semua keakraban dan pertemanan yang tidak dibina atas dasar cinta kerana Allah akan berubah menjadi permusuhan dan kebencian kelak di akhirat.

Ketika di dunia pun, betapa banyak persahabatan dan persaudaraan yang dapat kita saksikan berubah kebencian dan permusuhan seiring luputnya kepentingan duniawi yang melandasi hubungan tersebut. Cinta seperti ini adalah cinta yang semu dan mainan, tidak ada kebaikan di dalamnya, dan tidak mampu membawa pelakunya ke jalan kebaikan.

Dari itu, di antara tanda kesempurnaan cinta seorang hamba kepada seseorang yang lain dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah dia mencintainya kerana Allah. Dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya untuknya; berupa hidayah, keimanan, kebahagiaan, keselamatan, dan pelbagai kebaikan baik di dunia mahupun akhirat. Dan dia membenci untuk saudaranya dari apa-apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, yakni dari apa-apa yang menyebabkan saudaranya jatuh ke lembah keburukan dan kebinasaan.

Dari hadis Abu Umamah, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ، وَأَبْغَضَ لِلَّهِ، وَأَعْطَى لِلَّهِ، وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ

“Siapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, dan menahan (tidak memberi) kerana Allah, benar-benar dia telah menyempurkan keimanan.” (Sunan Abi Dawud, no. 4681)

InsyaAllah, buku ini bakal menjelaskan hakikat cinta yang sesungguhnya. Cinta yang dibina atas dasar kecintaan kepada Allah, kecintaan atas nama agama dan persaudaraan yang sejati yang membawa ke Syurga. Di antaranya, penulis menjelaskan;

1, Sikap dalam memilih teman,

2, Kriteria teman yang baik,

3, Anjuran mencintai kerana Allah,

4, Bahaya berlebihan dalam cinta,

5, Keutamaan cinta kerana Allah,

6, Tips membina tali dan ikatan ukhuwah kerana Islam diikuti kunci-kunci melestarikannya,

7, Hal-hal yang menguatkan perhubungan,

8, Bukti kecintaan yang sesungguhnya,

9, Kewajiban menunaikan hak saudara se-Islam,

10, Akhlak dalam pergaulan,

11, Antara sikap ramah dan mencari muka,

12, Sebab-sebab yang merosak persaudaraan,

13, Ketika saudara dan teman yang kita cintai meninggal dunia,

Serta beberapa kupasan yang lainnya.

Semoga bermanfaat dan selamat bercinta serta berkasih-sayang secara benar.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net