Judul: Tuntunan Doa Harian (Edisi Buku Anak) | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Team Pustaka Ibnu ‘Umar | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Penyusun | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 56g | Muka Surat: 64m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 10.5cm (tinggi) x 14.5cm (lebar) x 0.35cm (tebal) | ISBN: 978-602-8520-64-5 |
Wahai adik-adik, dengan buku kecil ini adik-adik akan dibimbing untuk membaca doa-doa harian yang sahih sebagaimana yang dianjurkan dan diamalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Pada buku ini dihiasai dengan warna dan gambar-gambar yang menarik, disampaikan dengan bahasa yang mudah, dan juga tulisan/font diikuti terjemahan doa yang jelas.
Insya-Allah bentuk penyampaiannya mudah dan sangat menenangkan. Wahai adik-adik, alangkah baiknya jika doa-doa yang terkandung di dalam buku ini dapat adik-adik hafal dan amalkan. Semoga adik-adik diberkahi dan menuai pahala yang banyak kerana berusaha mengamalkan doa-doa yang sahih sebagaimana dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Mari sama-sama kita beramal!