Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah Teladan Orang-orang Saleh

Kisah Teladan Orang-orang Saleh
Terbitan: Istanbul (Al-Qowam)
Product Code: Istanbul
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15.1 x 1.2

ISBN: 9789790393356
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah Teladan Orang-orang Saleh | Judul Asal (‘Arab): Aina Nahnu min Akhlaqis Salaf? | Penulis/Penyusun: ‘Abdul ‘Aziz bin Nashir Al-Jalil & Baha’uddin Fatih Aqil | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Syarah & Penjelasan: Penulis | Penterjemah: Saudara Ikhwanuddin | Penerbit: Istanbul | Berat: 338g | Muka Surat: 246m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 23cm (tinggi) x 15.1cm (lebar) x 1.2cm (tebal) | ISBN: 978-979-0393-35-6 |


Al-Imam ‘Abdullah bin Al-Mubarak memiliki seorang murid yang sangat aktif dalam mengikuti majlis (kelas) beliau. Suatu ketika ‘Abdullah bin Al-Mubarak tidak melihatnya sampailah beberapa hari lamanya. Beliau pun mencari khabar tentang muridnya tersebut dan ternyata muridnya sedang ditahan kerana memiliki hutang yang telah sampai tempohnya.

‘Abdullah bin Al-Mubarak pun mencari orang yang dihutangi oleh muridnya tersebut. Setelah berjaya menemuinya, beliau pun membayar seluruh hutang-hutang muridnya seraya memerintahkan agar membebaskannya dengan tanpa mengkhabarkan siapa yang telah melunasi hutangnya.

Pagi harinya, ‘Abdullah bin Al-Mubarak bertemu dengan muridnya. Beliau pun menanyakan sebab dan keadaan selama ketiadaannya. Muridnya pun menceritakan bahawa beliau telah ditahan disebabkan hutang. Tidak lama kemudian hutangnya telah dilunasi oleh seseorang yang tidak dia ketahui. Si pemberi hutang pun tidak pernah menceritakan kepada siapa pun telah hal tersebut sampailah ‘Abdullah bin Al-Mubarak meninggal dunia.

Banyak kisah nyata yang dipaparkan dalam buku ini. Semuanya bukan sekadar kisah biasa, kerana individu-individu yang dikisahkan di dalamnya adalah manusia-manusia dari era generasi pilihan. Muncul beraneka perasaan saat membacanya; membuat kita lebih menikmati, tenang, merasa rendah diri, insaf, dan menjadi tergugah untuk meneladaninya. Sama ada dari sisi aqidah, cara pandang, tingkah-laku dan akhlak para salaf.

Kecermatan penulis, yakni ‘Abdul ‘Aziz bin Nashir Al-Jalil dan Baha’uddin bin Fatih Aqil dalam mencantumkan kisah-kisah yang beliau sarikan dari buku Shifatush Shafwah dan Siyar A’lamin Nubala’ ini menjadi keistimewaan tersendiri buku ini. Lembar demi lembar kita akan mendapati kisah-kisah para salaf yang sarat dengan makna dan keteladanan. Semoga dengan membacanya, akan menjadikan kita semakin memahami potret akhlak salafushalih!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net