Judul: Kumpulan Tulisan Ibnu Abi Ad-Dunya | Judul Asal (‘Arab): Mausuatu Ar-Rasa’il Ibn Abi Ad-Dunya | Penulis/Penyusun: Mushthafa ‘Abdul Qadir Atha’ | Tahqiq/Takhrij: Mushthafa ‘Abdul Qadir Atha’ | Penterjemah: Amir Hamzah | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1077g | Muka Surat: 806m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16cm (lebar) x 3.9cm (tebal) | ISBN: 978-602-2361-88-6 |
Di hadapan kita ini adalah sebuah buku yang sangat berharga, kerana buku ini adalah karya salah seorang genius dari kalangan kaum muslimin, dan seorang tokoh dalam kalangan ahli hadis. Beliau adalah Al-Hafiz Abu Bakr bin Abu Ad-Dunya, salah seorang tokoh ilmuan abad ke 3 hijrah, yang dipenuhi dengan keilmuan, kemanpanan, dan kesantunan. Beliau memperkaya pelbagai lapangan ilmu dengan pelbagai karya, dan memberikan pelbagai manfaat melalui ucapan dan tulisan.
Selain memiliki pelbagai karya besar dalam tema hadis dan yang lainnya, beliau juga memiliki karya dalam tema zuhud, kelembutan hadis, akhlak, tanda-tanda, dan waktu. Beliau menyusun sejumlah tulisan dalam banyak tema yang mengkagumkan dan bermanfaat lagi dikenal. Di antaranya adalah yang terkandung dalam himpunan (buku) ini. Pada Mausu’ah ini terhimpun tulisan-tulisan beliau berkaitan Tawakkal, Qona’ah (merasa cukup dan syukur), Ta’afuf (menjaga diri dari meminta-minta dan bergantung kepada selain Allah), akal dan keutamaan akal, dan karya tentang tercelanya hal-hal yang melalaikan.
Semoga bermanfaat.