Judul: Kifayatul Akhyar, Fikih Mazhab Asy-Syafi’i (Syarah Matan Abi Syuja’) | Judul Asal (‘Arab): Kifayatul Akhyaar fi Halli Ghoyaatil Ikhtishoar | Penulis/Penyusun: Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad Al-Husaini Ad-Dimasyqi Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 729H) | Tahqiq/Takhrij: Abu Idris Muhammad bin ‘Abdul Fattah | Penterjemah: Rohmatullah Ngimaduddin, dan team Al-Qowam | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 2.567kg | Muka Surat: 2 Jilid lengkap, 722m/s. + 614m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 25.1 cm (tinggi) x 18cm (lebar) x 8.25cm (tebal) | ISBN: 978-602-8417-61-7 |
Matan Ghayatul Ikhtisar atau dikenal dengan Matan Abi Syuja’ merupakan matan (atau teks) feqah mazhab Syafi’i yang istimewa. Perbahasannya
mudah dan tersusun dengan sistematik. Melalui matan ini kita jarang menemukan hal-hal rumit seperti yang terdapat pada matan-matan feqah madzhab Syafi’i lainya. Oleh kerana itu, matan ini menjadi pegangan para ulama di zamannya dan setelahnya. Para ulama mazhab banyak yang memberikan perhatian kepadanya, sama ada dengan mensyarah, membuatkan nazham, atau pun menyusunkan ikhtisarnya.
Adapun kitab Kifaayatul Akhyaar merupakan kitab syarah atau penjelasan kepada Matan Ghayatul Ikhtishar (Matan Abi Syuja’). Asy-Syaikh Taqiyuddin telah mensyarah pelbagai pemasalahan feqah yang terdapat dalam matan tersebut secara mudah berdasarkan karya-karya tulis Al-Imam An-Nawawi rahimahullah; khasnya kitab Raudhatut Thalibin, Al-Majmu’ Syarh Muhadzdzab, Syarh Shahih Muslim, Al-Minhaj, At-Taqrib, At-Tahdzib, Al-Irsyad, Khulashatul Ahkam, dan yang lainnya.
Membaca buku ini atau menjadikannya sebagai salah satu rujukan feqah; akan mampu membawa anda ke dalam sebuah perjalanan ilmiyah yang mengasyikkan di atas disiplin feqah mazhab Asy-Syafi’i.
Semoga bermanfaat.